All News

IBS Rai Pelajar Sambut Aidilfitri Program Dapur Raya

dapur raya ibs
IBS ONLINE:
23 Mei 2020 (Selasa), dalam kegembiraan meraikan Syawal, masih ada pelajar yang menyambut hari raya jauh di perantauan demi meneruskan perjuangan di jalan Allah (fisabilillah) kerana menuntut ilmu. Mereka sanggup berkorban perasaan memilih untuk terus berada di kampus bagi memastikan mereka dapat meneruskan pembelajaran dengan baik secara online kerana capaian internet yang lebih stabil dan percuma di kampus berbanding di kampung masing-masing. Sehubungan itu, Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi IBS mengambil inisiatif untuk menceriakan Aidilfitri pelajar di kampus UUM melalui program Dapur Raya.



Menerusi sokongan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan INASIS terlibat, kutipan yang dilancarkan oleh kelab kebajikan IBS berjumlah RM1000 telah dimanfaatkan melalui pemberian berupa set juadah hari raya. Program tersebut berjaya meraikan hampir 200 pelajar UUM yang tidak pulang ke kampung. Sumbangan tersebut dapat disampaikan kepada pelajar dan perlaksanaannya adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan.



Menurut pengerusi kelab Kebajikan IBS, Prof. Madya. Dr. Selamah Maamor, semua staf di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) telah bersama-sama membantu menjayakan program ini dengan sumbangan dan sokongan moral yang diberikan. Kebanyakan staf IBS juga tidak pulang ke kampung di musim PKPD ini dan memahami akan perasaan para pelajar yang juga tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang di kampung. Justeru, kami berharap program ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban perasaan pelajar dan mereka juga dapat meraikan Aidilfitri bersama-sama dengan orang lain walaupun dengan cara yang berbeza tahun ini.




HABIS.