All News

Webinar IBS Beri Pendedahan Tentang Jenayah Wang Dan Internet

webinar anti

UUM ONLINE: Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) melalui Institute of Shariah Governance and Islamic Finance (ISGaIF) telah menganjurkan webinar bertajuk ‘Anti Money Laundering and Counter Terrorist Financing’ menerusi aplikasi Webex, baru-baru ini.

Pengarah ISGaiF, Prof. Madya Dr. Norazlina Abd Wahab berkata, webinar tersebut merupakan salah satu inisiatif IBS untuk memberi pendedahan kepada warga UUM dan masyarakat setempat tentang jenis jenayah wang dan internet.

Menurutnya, Objektif utama webinar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada staf umum berkaitan isu money laundering dan counter terrorist yang disampaikan Penolong Pengurus AML Transaction Monitoring and Investigation, Ambank, Nur Anisah Sariffudin.

Webinar itu telah mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih daripada 260 peserta.