Sat06232018

Last updateThu, 29 Mar 2018 10am

Welcome to IBS UUM COB
IBMC-2018
ANUGERAH JUDUL BUKU TERLARIS 2017
Call for Articles : International Journal of Islamic Business
Discover UUM 2016

COLLABORATIONS

Collaborations/MOA&MOU

Mobility

Collaborations/MOA&MOU

Alumni

alumni

Archived

archived

Download

Download

  1. E-Services (Staff)
  2. E-Services (Student)
  3. E-Services (Visitor)
 helpdesk2 ico LMS 
 email Staff Email  webopac WEBOPAC  mylab MyLab
  labs2 ico Labs Schedule  business user search Search People  mybox My Box  myuum My UUM
 Administrator-Help-64 Service Desk   umisUMIS Ok-64 Online ISO  kaunseling E-Kaunseling
email Student Email  kaunseling E-Kaunseling  webopac WEBOPAC  mylab MyLab
 learning Learning Zone  business user search Search People  mybox My Box  myuum My UUM
 Administrator-Help-64 Service Desk  on9payment Online Payment  statistic Online Statistic  
 business user searchSearch People  kaunseling E-Kaunseling  statistic Online Statistic  on9payment Online Payment
 Administrator-Help-64 Service Desk         
next
prev

News & Events

Aktiviti Gotong Royong bersama kariah Masjid Changlun

Thursday, 29 March 2018
Aktiviti Gotong Royong bersama kariah Masjid Changlun

IBS ONLINE : Tanggal 9 Mac 2018 (Jumaat) Jawatankuasa Pembangunan Komuniti IBS UUM COB telah menganjurkan aktiviti gotong royong di Masjid Changlun. Program dimulakan dengan Kuliah Dhuha bertajuk ”RnR terakhir: cukupkah pelaburan akhirat kita?” oleh Dr. Mohd Shahril Ahmad Razimi, Penyelaras Program Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA) serta majlis penyampaian sumbangan waqaf telekun...

Readmore

Wacana Intelektual IBS: “Halal Concern or Pigphobia?”

Thursday, 29 March 2018
Wacana Intelektual IBS: “Halal Concern or Pigphobia?”

IBS ONLINE : Pada 7 Mac 2018 (Rabu) yang lalu, Jawatankuasa Seminar dan Wacana Ilmu IBS UUM COB telah mengadakan satu program wacana ilmu yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Nurhaizal Azam Arif, dari Faculty of International Studies Hiroshima City University, Japan bertempat di bilik PPA II, IBS. Wacana ilmu yang bertajuk “Halal Concern or Pigphobia” ini telah disampaikan dengan jayany...

Readmore

Ekspedisi mendaki Bukit Malau, Jitra

Thursday, 29 March 2018
Ekspedisi mendaki Bukit Malau, Jitra

IBS ONLINE : 6 Mac 2018 (Selasa) - Bersempena dengan Hari Pengasasan Universiti ke-34, Jawatankuasa Kebajikan, Sukan & Rekreasi IBS telah menganjurkan “Malau Hill Expedition” yang telah disertai seramai 13 orang staf IBS UUM COB. Aktiviti pendakian ini bermula jam 8.30 pagi dan diketuai oleh En. Shoberi Hashim, pesara UUM dan beberapa orang lagi sebagai jurupandu arah.

Tujuan utama ...

Readmore

Bengkel Profesional Sijil Eksekutif Halal

Thursday, 29 March 2018
Bengkel Profesional Sijil Eksekutif Halal

IBS ONLINE: Seramai 25 orang pelajar jabatan Muamalat, IBS berjaya mengikuti Kelas Profesional Sijil Eksekutif Halal dengan Jayanya

Seramai 25 pelajar semester akhir Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA) telah terpilih untuk mengikuti kelas sijil eksekutif halal secara intensif. Penyertaan yang memenuhi semua syarat yang ketat dalam program ini, akan melayakkan pelajar-pelajar terpilih memperoleh...

Readmore

Back You are here: Home Uncategorised

Bengkel Profesional Sijil Eksekutif Halal

bengkel halal 3

IBS ONLINE: Seramai 25 orang pelajar jabatan Muamalat, IBS berjaya mengikuti Kelas Profesional Sijil Eksekutif Halal dengan Jayanya

Seramai 25 pelajar semester akhir Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA) telah terpilih untuk mengikuti kelas sijil eksekutif halal secara intensif. Penyertaan yang memenuhi semua syarat yang ketat dalam program ini, akan melayakkan pelajar-pelajar terpilih memperoleh sijil eksekutif halal yang diiktiraf pihak Majlis Profesional Halal JAKIM. Program ini telah dijalankan bermula dari 17 - 31 Januari 2018 merangkumi 5 modul sijil eksekutif halal.

Sijil Eksekutif Halal merupakan satu keperluan industri yang membolehkan industri memohon pensijilan halal, mematuhi Majlis Profesional Halal Malaysia (MPHM) dan kebolehpercayaan produk dan perkhidmatan berdasarkan konsep halalan toyyibah. Sijil ini dahulunya hanya dikendalikan pihak JAKIM. Bermula penghujung 2017, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS UUM COB) telah dilantik secara rasmi oleh Halal JAKIM sebagai salah satu pusat yang mengendalikan sijil ini. Lebih 20 tenaga pensyarah IBS juga telah dilantik Halal JAKIM sebagai Tenaga Pengajar Halal di samping tenaga pengajar dari AHAL, STML.

Buat masa ini, IBS dilesenkan JAKIM untuk mengendalikan dua sijil berkaitan iaitu Sijil Eksekutif Halal dan Sijil Audit Dalaman Halal. Jabatan Muamalat dan Pengurusan Halal IBS turut menawarkan Sijil Eksekutif ini ke pasaran luar universiti melalui kerjasama UECSB UUM khususnya untuk pihak industri di wilayah utara.

Sijil ini diiktiraf di peringkat kebangsaan dan membantu pelajar mahupun industri dalam meneroka pasaran pekerjaan Eksekutif Halal di luar negara antaranya negara China.

 

Kaedah Penting Dalam Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Artikel

 

IBS ONLINE: Institut Tadbir Urus Syariah dan Kewangan Islam (ISGaIF), Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM COB telah menganjurkan ceramah berkaitan penerbitan yang bertajuk “Enhance Publication, Increase Citation” pada 1 Oktober 2017 yang lalu. Ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Salina Hj. Kassim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Insanfikir, Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Shafinaz dan dihadiri seramai 40 orang staf dan pelajar siswazah UUM. Ceramah tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada peserta dalam meningkatkan penerbitan artikel jurnal dan juga sitasi. Penganjuran ceramah ini memberi motivasi kepada staf dan pelajar siswazah untuk meningkatkan lagi jumlah penerbitan yang berkualiti dalam membantu ke arah mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) penerbitan universiti.

 

IBS ONLINE: The Institute for Shariah Governance and Islamic Finance (ISGaIF), Islamic Business School, UUM COB has successfully organized a talk on publication titled “Enhance Publication, Increase Citation” on 1st October 2017. The talk which was conducted by Assoc. Prof. Dr. Salina Hj. Kassim from the International Islamic University Malaysia at Insanfikir Meeting Room, Tunku Puteri Intan Shafinaz School of Accountancy was attended by 40 academic staff and graduate students of UUM. The talk aims to expose and guide the participants in enhancing publication in reputable journals as well as citation. In general, the talk motivated the participants increasing the number of publications towards achieving the university’s Key Performance Index. 

SEMINAR MUAMALAT MILENIA

Call for Papers

Authors are invited to submit complete, original and unpublished research article to the SEMINAR MUAMALAH MILENIA 2016 (NCMM2016).

Theme & Track

Discourse issues and challenges related to current turmoil in Syariah management and muamalat education, research and innovation.

Important Dates

DescriptionDue Date
Paper Submission Deadline (Extended) 10.09.2016

Submission Guidelines

  • The paper must be original and have not been previously accepted in any journal or under consideration for publication elsewhere.;
  • Papers must be sent in MS Word format through OpenConf Peer Review and Conference Management System
  • All papers must conform to QRC standard - single-column format set in MS Word Template (Download Template HERE)
  • The paper must be written in Malay and English. 

Abstracts without the completed paper will NOT be accepted. Papers for the presentation at the conference will be selected through double blind review process. Please ensure that the authors' names do not appear in the submitted paper.

At least one author for each accepted paper must register and pay the fees for the conference by 30 April 2016 in order for the paper to be included in the program and the conference proceedings. By submitting a paper to present at the QRC 2016, you explicitly agree that you will definitely have a fund and shall register for the conference.

Publications Opportunities

All papers will be published in the proceeding (ISBN)

Selected papers will be published in the following SCOPUS (Special issues):

Other selected papers will be considered for publication in:

  • Journal Of International Studies (JIS)
  • The International Journal Of Banking And Finance (IJBF)
  • International Journal Of Management Studies (IJMS)
  • Malaysian Management Journal (MMJ)

Paper Submission

We use OpenConf Peer Review and Conference Management System for paper submission and reviewing process. Authors are required to submit and upload the paper online. If there is any problem, please do let us know.

Contact Person

Dr. Zaleha Othman
Head of Proceeding Committee
Email: zaleha@uum.edu.my
Tel: +604 9287343

UUM Attains Prestigious GIFA Award For The Third Time

 

gifa2017

UUM ONLINE: 6 September - Universiti Utara Malaysia (UUM) once again attained an international recognition when it was selected as the winner of one of the most prestigious awards from the Global Islamic Finance Awards (GIFA) 2017.

UUM was conferred the "Best Islamic Finance Education Provider" award at the seventh edition of GIFA, held at the Kazakhstan capital city of Astana. The award honours the commitment of Islamic financial education providers to nurturing skilled Islamic finance professionals so as to sustain the growth of the industry.

This is the third time that UUM has received recognition from GIFA, in different categories. The two previous recognitions attained by UUM were in the categories ‘GIFA Market Leadership (For Education in Islamic Banking & Finance),’ in 2016, in Jakarta, Indonesia, and 'Best Islamic Finance Qualification,' for the Bachelor of Islamic Finance and Banking (BIFB) programme, in 2013, in Dubai, the United Arab Emirates.

The Vice-Chancellor of UUM, Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, was present to accept the award in a ceremony attended by the President of Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

xxxx

UUM ONLINE: 6 September - Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi menempa pengiktirafan antarabangsa apabila dipilih sebagai salah satu pemenang anugerah berprestij Global Islamic Finance Award (GIFA) 2017.

UUM dianugerahkan "Best Islamic Finance Education Provider" pada edisi ketujuh GIFA yang diadakan di Astana, ibu kota Kazakhstan. Anugerah ini adalah pengiktirafan kepada komitmen penyedia pendidikan kewangan Islam dalam menyediakan profesional kewangan Islam yang mahir untuk mengekalkan pertumbuhan industri berkenaan.

Ini merupakan kali ketiga UUM menerima pengiktirafan daripada GIFA dalam kategori berbeza. Dua pengiktirafan yang diterima UUM sebelum ini adalah bagi kategori GIFA Market Leadership (For Education in Islamic Banking & Finance)' pada 2016 di Jakarta, Indonesia dan 'Best Islamic Finance Qualification' melalui progam Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB) pada 2013 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah hadir menerima anugerah itu dalam majlis yang turut dihadiri Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.