Wed11222017

Last updateWed, 12 Jul 2017 4pm

Back You are here: Home News & Events Rehlah Deligasi IBS Ke USIM Mencari Keserasian

News & Events

Rehlah Deligasi IBS Ke USIM Mencari Keserasian

lwtn usim 2017

Delegasi Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), UUM mencari keserasian dengan kunjungan (rehlah) ke Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ketua delegasi ini, Prof. Madya Dr. Selamah Maamor, Timbalan Dekan IBS bersama lima (5) orang lagi staf akademik IBS membawa hajat untuk mengadakan mobiliti pelajar dan cadangan dual atau dwi ijazah dengan USIM. Menurut beliau, kedatangan delegasi IBS disambut dengan tangan terbuka dan USIM khususnya FEM memang ternanti-nanti akan peluang kerjasama seumpama ini. Justeru, keserasian yang dicari dapat direalisasikan dengan rehlah ini dan kesepakatan terhasil bagi memastikan aktiviti mobiliti pelajar berkredit akan terlaksana.

Delegasi IBS berkunjung ke USIM juga bagi memenuhi jemputan pihak USIM ke Majlis Syarahan Umum Tuanku Canselor USIM yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang juga merupakan Profesor Adjung IBS sendiri. IBS dalam rehlahnya kali ini juga turut sempat memperkenalkan dua jabatan baru IBS iaitu Jabatan Kewangan Islam dan Ekonomi Islam serta Jabatan Muamalat dan Pembangunan Halal. Turut serta dalam rehlah ini adalah Prof. Madya Dr. Zairani Zainol selaku Ketua Jabatan Kewangan Islam dan Ekonomi Islam.

Sekian, terima kasih.