Fri07282017

Last updateWed, 12 Jul 2017 4pm

Back You are here: Home News & Events Kunjungan IBS Ke UIA Untuk Misi Mobiliti Pelajar

News & Events

Kunjungan IBS Ke UIA Untuk Misi Mobiliti Pelajar

uialwtn2017

Rombongan seramai tujuh (7) orang daripada Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), UUM telah membuat lawatan rasmi ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dengan membawa satu misi iaitu mencari peluang mobiliti pelajar dan dwi ijazah. Ahli rombongan ini telah berjaya mengadakan perbincangan awal dengan dua (2) buah fakulti di UIA iaitu Fakulti Ekonomi dan juga Fakulti Syariah. Hasrat rombongan ini yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Selamah Maamor, Timbalan Dekan IBS berjaya disampaikan kepada pihak fakulti tersebut. IBS terus berusaha untuk membantu pelajar UUM terutama pelajar IBS sendiri dalam usaha mendapatkan program yang hampir sama strukturnya dengan Program Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB) serta Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA) agar dapat mereka jalankan mobiliti berkredit.

Walaupun mobiliti berkredit tempatan kurang mendapat sambutan di kalangan pelajar IBS namun ianya ada permintaan. Manfaat mobiliti berkredit ini perlu diketahui pelajar dan mereka patut merebut peluang ini agar pengalaman baru di universiti yang berbeza akan membuatkan mereka mempunyai sudut pandang yang berbeza berdasarkan pengalaman yang diperolehi. Rombangan ini IBS juga turut sempat memperkenalkan ISGaIF – Institute of Syariah Governance and Islamic Finance dan dua jabatan baru IBS kepada pihak UIA iaitu Jabatan Kewangan Islam dan Ekonomi Islam serta Jabatan Muamalat dan Pembangunan Halal. Turut serta dalam rehlah ini adalah Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof selaku Pengarah ISGAiF dan Prof. Madya Dr. Zairani Zainol selaku Ketua Jabatan Kewangan Islam dan Ekonomi Islam.

Sekian.