Fri09222017

Last updateWed, 12 Jul 2017 4pm

Back You are here: Home News & Events IBS : Program Syarahan "Waqf Administration In Morocco : Disbursement Of Waqf Funds To Beneficiaries"

News & Events

IBS : Program Syarahan "Waqf Administration In Morocco : Disbursement Of Waqf Funds To Beneficiaries"

moroccotalk12

IBS ONLINE: Tanggal 26 Mac 2017, pihak telah menganjurkan program Syarahan “Waqf Administration In Morocco : Disbursement Of Waqf Funds To Beneficiaries” yang disampaikan oleh jemputan dari negara Maghribi iaitu Dr Hakima Chami yang merupakan Ketua Bahagian Khairat Kematian di Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Islam di Maghribi.

Dr Hakima yang merupakan orang yang terlibat langsung dengan Kementerian Wakaf di Magribi telah berkongsi berkaitan pengalaman wakaf kerajaan Magribi sebelum dan selepas kedatangan Perancis di Maghribi. Perubahan ketara berlaku terhadap wakaf di Maghribi sepanjang sejarah tersebut. Beliau turut berkongsi perkembangan terkini pelaksanaan wakaf di maghribi dan bagaimana wakaf membantu masyarakat di Negara tersebut.

Beliau juga menceritakan bagaimana wakaf air dan wakaf buku (ilmu pengetahuan ) menjadi sumber utama wakaf di maghribi sedari dahulu lagi dan telah memberi maafaat kepada ramai masyarakat terutama di maghribi dan merupakan salah satu sumber sejarah ketamadunan maghribi. Program yang bertempat di Bilik Mesyuarat Insanfikir, TISSA UUM COB menarik hampir 50 orang peserta terdiri dari kalangan pensyarah dan pelajar pasca siswazah IBS.