Fri07282017

Last updateWed, 12 Jul 2017 4pm

Back You are here: Home News & Events Transformasi Dalam Kewangan Islam Berasaskan Syariah Diperlukan Untuk Terus Diterima Pakai-9 April 2017

News & Events

Transformasi Dalam Kewangan Islam Berasaskan Syariah Diperlukan Untuk Terus Diterima Pakai-9 April 2017

 

daudbkr2017

 

UUM ONLINE: Pengerusi Kumpulan Amanie dan juga Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar telah berkongsi idea dan pandangan beliau tentang transformasi dalam Kewangan Islam menerusi syarahannya bertajuk 'Transformation of Islamic Finance via Shariah Mindset' pada Syarahan Prof Adjung anjuran Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) di Dewan Seminar, Pusat Islam, pagi tadi.

Menurutnya, pelajar sekarang adalah pemimpin pada masa hadapan yang akan membawa perubahan atau transformasi khususnya dalam bidang kewangan dan mereka harus memastikan syariah diterima pakai dan mengikut perkembangan semasa pada abad ke-21.

"Kita sudah melihat bidang kewangan ini dari pelbagai aspek bermula dari peringkat bawah lagi sejak sekian lama, kini kita perlu mengubah pandangan tersebut dengan melihatnya dari bahagian atas yang membolehkan kita melihat dengan lebih jelas dan menyeluruh.

"Apabila menyentuh tentang transformasi, ada segelintir yang tidak boleh menerimanya, malah masing-masing menunding jari di atas kesalahan yang berlaku. Sepatutnya transformasi diambil pada sudut positif kerana ia mengubah sesuatu untuk menjadi lebih mudah termasuk dalam bidang Kewangan Islam," katanya.

Dalam syarahan tersebut, beliau turut memberi penerangan tentang kepentingan syariah, kesan dan implikasinya dalam usaha mencapai matlamat tertinggi sistem kewangan berasaskan syariah sebagai sistem alternatif yang dapat memenuhi keperluan.

Hadir sama Dekan IBS, Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim dan pegawai-pegawai kanan UUM.

Pada sebelah petang, diadakan Symposium Of Islamic Finance: The Future Talent In Islamic Banking And Finance di Pusat Islam dan ceramah ‘This My Journey’ di Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA).