Tue08222017

Last updateWed, 12 Jul 2017 4pm

Back You are here: Home News & Events Jepun Tagih Kepakaran IBS UUM bantu Industri Halal Jepun

News & Events

Jepun Tagih Kepakaran IBS UUM bantu Industri Halal Jepun

HALALJPN2

YOKOHAMA, JEPUN - 15 Mei 2017: Pakar Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia telah bersetuju untuk memenuhi undangan Yokohama National University (YNU), Jepun untuk menjadi pakar rujuk bagi seminar khas industri halal kepada 30 orang ahli perniagaan Jepun dan para profesor YNU. Program tersebut dinamakan “THE HALAL INDUSTRY BUSINESS: YNU MINATOMIRAI CAMPUS TWO DAY SEMINAR” berlangsung pada 13-14 Mei 2017. Seminar tersebut diadakan di Kampus Bandar Minotomirai di sebuah kawasan strategik di bandar Minatomirai , Yokohama yang hanya memakan masa (3) tiga minit perjalanan dengan trem daripada Stesen LRT Yokohama.

Menurut Prof. Dr. Hiroshi Morita iaitu Penolong Presiden dan mantan Dekan Kolej Perniagaan Yokohama National University (YNU) dalam ucapan pembukaannya menyatakan bahawa program bengkel dan seminar industri halal sudah banyak diadakan di Jepun, namun program ini berbeza dengan program sebelumnya apabila YNU menjemput terus pakar-pakar daripada negara yang terlibat dengan industri halal. Beliau mengharapkan sesi dua (2) hari ini dapat dipergunakan sebaik mungkin oleh rakan industri YNU yang dijemput khusus dan terdiri daripada 30 ahli perniagaan Jepun dan ahli akademik YNU.

Beberapa peserta seminar tersebut antaranya Norio Igarashi, Pengarah Audit, Mitsubishi UFJ Securities Holding melahirkan rasa bangga kerana dapat berada dalam seminar tersebut dan aktif bertanya soalan dalam sesi yang diadakan secara dua hala yang mana peserta bebas bertanya ketika pembentang membentangkan kertas kerja mereka. Seorang lagi peserta Akiya Nagata yang juga pegawai syarikat Mitsubishi Corporation turut mengambil peluang menyertai sesi soal jawab dengan para pembentang.

Pada seminar dua hari tersebut, para pembentang adalah terdiri daripada tiga (3) orang pakar IBS UUM dan seorang pembentang Jepun yang terlibat dengan industri Halal di Malaysia. Pembentangan pertama dibuat oleh Prof. Dr. Abdullah Abdul Ghani yang bertajuk “Ethics in Halal Industry”, diikuti pembentangan Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof yang bertajuk ‘Halal Financing”, manakala Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim membentangkan tajuk “Governance and Sustainability of Halal Industry”. Mr Hashimoto daripada Japan Information Halal Hub membentangkan tajuk “Halal Industry from Practical Perspective”.

Di akhir majlis tersebut, Dekan IBS turut menyampaikan cenderahati UUM kepada Prof. Mirota di atas kesediaannya menjemput delegasi UUM sebagai pakar rujuk program tersebut.