Tue08222017

Last updateWed, 12 Jul 2017 4pm

Back You are here: Home News & Events Yokohama National University (YNU) Memanfaatkan Pengalaman UUM

News & Events

Yokohama National University (YNU) Memanfaatkan Pengalaman UUM

HALALJPN3

Yokohama, 15 Mei 2017: Naib Presiden Yokohama National University (YNU), Prof. Dr. Fumihiko Nakamura telah menerima kunjungan hormat Delegasi UUM yang terdiri daripada Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim dan dua orang profesor IBS iaitu Prof. Dr Abdullah Abdul Ghani dan Prof. Dr Rosylin Mohd Yusof yang dalam rangka kunjungan memberikan latihan industri halal kepada golongan profesional dan akademik di kota Yokohama, Jepun. Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh Professor Graduate School of International Social Sciences NYU, Profesor Maeyama, mantan Dekan Kolej Perniagaan Prof. Dr. Hisroshi Morita dan Pengurus Besar Pejabat Antarabangsa, Madam Takeuchi.
Sebelum perbincangan tersebut, mantan Dekan Kolej Perniagaan Prof. Dr. Hisroshi Morita yang juga pembantu Presiden YNU, meminta delegasi memberikan makluman lengkap berkenaan akreditasi AACSB memandangkan YNU juga sedang bergerak ke arah meningkatkan ranking dan mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap kedudukan universiti mereka. Beliau yakin dengan penerangan ini boleh membantu Timbalan Presiden untuk meyakinkan pengurusan YNU untuk bergerak kearah yang sama seperti UUM.

Delegasi UUM juga turut membuat jemputan khusus untuk YNU menjadi rakan kongsi yang erat dengan IBS bagi penganjuran seminar antarabangsa pada awal tahun 2018.

Dalam responnya kepada delegasi UUM, Naib Presiden YNU itu mengatakan mereka akan membuat kajian lanjut terhadap keperluan dan bajet yang diperlukan untuk akreditasi AACSB dan penganjuran seminar bersama. Beliau bersetuju penganjuran seminar antarabangsa bersama akan membantu peningkatan imej YNU di peringkat antarabangsa.