Tue08222017

Last updateWed, 12 Jul 2017 4pm

Back You are here: Home News & Events Lawatan Universiti Islam Sheikh Daud Fatani (JISDA) Yala, Selatan Thailand ke IBS UUM

News & Events

Lawatan Universiti Islam Sheikh Daud Fatani (JISDA) Yala, Selatan Thailand ke IBS UUM

lwtn pondok

IBS ONLINE : Satu rombongan dari Universiti Islam Sheikh Daud Fatani (JISDA), Yala, Selatan Thailand telah mengadakan kunjungan silaturahim ke Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS UUM) pada 17 Mei 2017 (Rabu).

Lawatan ini telah diketuai rektor mereka sendiri iaitu Prof. Dr. Abdul Rashid dan diiringi beberapa orang pensyarah dan ahli lembaga penasihat JISDA. Lawatan kerjasama dengan negara jiran ini adalah hasil inisiatif Pusat Pengajian Pondok Turath yang turut sama hadir dalam lawatan ini dan diwakili oleh pengarahnya iaitu (Dr) Mukhtar Hj. Ahmad serta diiringi oleh Ustaz Ahmad Husam Dato’ Hj Baderudin dan aktor tv iaitu Zulkiffili Yahaya (Zul Yahya).

Lawatan ini telah membuka ruang perbincangan kerjasama antara IBS dan JISDA. Antara prospek kerjasama adalah latihan kepada staf, aktiviti dan latihan pelajar, serta peluang pengambilan pelajar ke IBS UUM.