Mon12182017

Last updateSun, 17 Dec 2017 12pm

Back You are here: Home News & Events Eksplorasi Ramadhan – Menyantuni Kehidupan Masyarakat Pos Lemoi

News & Events

Eksplorasi Ramadhan – Menyantuni Kehidupan Masyarakat Pos Lemoi

xplorasi bnkrakyat

UUM ONLINE: Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menganjurkan program Ekplorasi Ramadhan dengan menyantuni dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat orang asli di Perkampungan Orang Asli, Pos Lemoi, Cameron Highlands, Pahang pada 9 hingga 11 Jun lalu.

YBR merupakan penaja utama program ini yang disertai 70 orang peserta terdiri daripada 22 orang pelajar semester 4, Program Kewangan dan Perbankan Islam PJJ UUM-YBR (BIFB PJJ UUM-YBR), Penyelaras Program, 2 orang wakil YBR, pasukan mylandy Motorsport selaku penyedia pengangkutan, pasukan Kuala Lumpur DX Team penyedia komunikasi, wakil penggerak masyarakat orang asli Cameron Highlands dan pihak media.

Majlis pelepasan konvoi (flag off) yang melibatkan sebanyak 20 buah kenderaan pacuan empat roda yang membawa peserta program telah dilakukan di Menara Kembar Bank Rakyat oleh Pengarah Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE) UUM, Prof Madya Dr Fairol Halim dan Pengurus Pembangunan Program YBR, En. Mohd Mukhti Abd Rahman pada jam 10.30 malam, 9 Jun 2017.

Dr Fairol dalam ucapannya berkata aktiviti kemasyarakatan seperti ini bukan sahaja dapat mengasah pelbagai kebolehan diri, malah turut mengukuhkan hubungan antara para pelajar dan juga masyarakat.

“Platform ini juga memberi peluang kepada pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang peribadi dan bidang pekerjaan untuk sama-sama berganding bahu menabur bakti kepada masyarakat khususnya golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Setibanya di sana program dimulakan dengan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak dan masyarakat orang asli antaranya sukaneka, aktiviti gotong royong menyiapkan juadah berbuka puasa, majlis berbuka puasa, solat tarawih dan moreh. Program diakhiri dengan penyampaian sumbangan barangan keperluan harian kepada masyarakat orang asli Pos Lemoi, sumbangan mesin janakuasa (generator) bagi keperluan sekolah dan wang tunai untuk kegunaan program di pos tersebut.

Sementara itu, Penyelaras Program, Ali Badron Mokhtar berharap agar program sebegini harus diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia memberi impak yang positif kepada perkembangan jati diri serta sahsiah pelajar di samping dapat membina hubungan siltaturahim antara pelajar UUM dan penduduk perkampungan orang asli Pos Lemoi.

"Semoga program sebegini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi meningkatkan jatidiri serta sahsiah pelajar UUM ke arah menjadi seorang pelajar yang mempunyai keterampilan dari segi kepimpinan, semangat bekerjasama dan berkeyakinan tinggi dalam melakukan apa jua perkara.