Wed08152018

Last updateSun, 15 Jul 2018 11am

Back You are here: Home News & Events Hampir 15 Peratus Pemegang Sijil IFP IBFIM Merupakan Graduan UUM

News & Events

Hampir 15 Peratus Pemegang Sijil IFP IBFIM Merupakan Graduan UUM

 

SIJIL IFP

IBS ONLINE : Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS UUM COB) sekali lagi berjaya melahirkan pelajar lulusan Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB) dengan Sijil Profesional Islamic Financial Planner (IFP).

Seramai 31 daripada 45 pelajar lulus yang hadir bersama ibu bapa masing-masing diraikan di Majlis Penganugerahan Sijil Profesional Islamic Financial Planner (IFP) pada 20 November 2017 (Isnin) lepas bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam. Majlis kali ini menyaksikan sijil-sijil disampaikan sendiri oleh Chief Executive Officer (CEO), Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM), iaitu En. Yusry Yusoff.

Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim dalam ucapan aluannya berkata, para graduan yang lulus sijil IFP ini mempunyai kelebihan berbanding graduan lain kerana ia mempunyai nilai tambah penting terutama dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar dan memerlukan persaingan yang hebat.

Menurut CEO IBFIM iaitu En. Yusry Yussof pula, UUM harus berbangga kerana jumlah pemegang sijil IFP yang telah UUM lahirkan di kalangan pelajar dan juga pensyarah, berdasarkn rekod adalah seramai 142 orang. Ini bermakna, lebih 15 peratus jumlah keseluruhan pemegang sijil IFP adalah dilahirkan dari kampus UUM berbanding jumlah keseluruhan pemegang sijil IFP iaitu 866 orang.

Tambahnya lagi lebih 25 institusi pengajian tinggi telah berkolaborasi bersama IBFIM untuk mengintegrasi program industri ke dalam pengajian akademik masing-masing, mengikut jejak langkah UUM. Selain itu katanya, pensijilan industri ini bermatlamat untuk memastikan para graduan mempunyai peluang yang lebih cerah bagi menceburkan diri di dalam industri kewangan Islam. Ini termasuklah sektor perbankan, takaful, pelaburan, regulator mahupun bidang keusahawanan. Selaras dengan pembangunan pesat industri kewangan Islam, pensijilan industri ini memberikan kelebihan kompetensi kepada para graduan untuk melangkah terus ke fasa kerjaya.

Majlis ini juga turut memilih graduan terbaik BIFB-IFP iaitu Nurathirah Bt Rosli yang menerima hadiah cenderahati buku daripada pihak IBFIM. Majlis ini turut dihadiri Timbalan Dekan IBS UUM COB, Prof. Madya Dr. Selamah Maamor, Penyelaras Program BIFB-IFP, Dr Ahmad Khilmy Abd Rahim serta beberapa pensyarah tenaga pengajar program IFP dari IBS UUM COB. Program diakhiri dengan majlis jamuan makan malam kepada semua jemputan dan graduan terlibat.

Sekian.