Wed10172018

Last updateSun, 15 Jul 2018 11am

Back You are here: Home News & Events IBS Komited Lahir Eksekutif Halal

News & Events

IBS Komited Lahir Eksekutif Halal

 

seminar halal

UUM ONLINE: Dalam usaha melahirkan eksekutif halal yang memenuhi keperluan prosedur pensijilan Malaysia, seramai 230 peserta mengikuti Kursus Pengenalan Persijilan Eksekutif dan Audit Halal 2017 di Dewan Seminar Pusat Islam, semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penawaran Sijil Halal IBS UUM, Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md Hussain, program anjuran Jabatan Muamalat & Pengurusan Halal, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).

Ujarnya, IBS dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi latihan dan membimbing peserta untuk mendapatkan Sijil Eksekutif Halal dan Audit Dalaman Halal yang didaftarkan sebagai profesional halal.

“Mana-mana syarikat yang mengeluarkan produk halal perlu mempunyai eksekutif halal dalam memastikan semua mengikut prosedur yang ditetapkan dan usaha ini menjadi nilai tambah kepada pelajar apabila mereka memohon pekerjaan kelak.

“Kesedaran terhadap industri halal semakin berkembang dan sambutan yang diterima amat menggalakkan di kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf,” ujarnya.

Dalam kursus pengenalan itu, peserta turut didedahkan dengan persijilan halal berhubung prosedur permohonan pensijilan halal termasuk hal ehwal pengurusan dalam penggunaan pensijilan halal.

Sementara itu, Pegawai Bahagian Pengurusan Halal JHEAIK, Rosyadah Ramli berkata, program ini bertujuan melahirkan individu yang berpengetahuan yang membantu pengeluar produk halal supaya menggunakan pendekatan yang betul.

“Ini merupakan usaha untuk meningkatkan kualiti pengeluaran produk halal serta amalan pengilangan terbaik agar pengeluar lebih kompetitif dalam pasaran halal global,” ucapnya ketika mengupas tajuk Peranan Eksekutif Halal.