Wed08152018

Last updateSun, 15 Jul 2018 11am

Back You are here: Home News & Events IBS : Lawatan Kebajikan Staf IBS Ke Kelantan

News & Events

IBS : Lawatan Kebajikan Staf IBS Ke Kelantan

ziarah ibs 2018

Pada 4 Januari 2018 satu lawatan kebajikan telah dilakukan ke Kelantan di bawah “Program Ziarah” oleh beberapa orang staf IBS yang di ketuai oleh Prof Madya Dr. Selamah Maamor dengan ditemani beberapa rakan akademik dan pentadbiran IBS. Objektif utama lawatan antara lain adalah untuk melawat rakan staf akademik IBS iaitu Dr. Mahyuddin Abu Bakar yang telah selamat menjalani pembedahan pada pada 30 November 2017 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

Menurut Dr. Mohd Adib Abd Muin, salah seorang pensyarah yang turut serta dalam lawatan tersebut “keadaan Dr Mahyudin dilihat bertambah baik dan beliau amat terharu dan gembira dengan kunjungan dari rakan-rakan UUM. Dr. Mahyudin kini sudah boleh berkomunikasi dengan jelas dan sempat berjenaka dengan rakan-rakan yang datang melawat beliau”. Pada pertemuan tersebut beliau ditemani isteri Pn Norishah bt Puteh yang sentiasa berada bersama beliau sepanjang proses rawatan di hospital.

Program ziarah hari kedua, ahli rombongan berkunjung menziarahi Pn Siti Latipah bt Harun, Tutor IBS yang telah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada November lalu di kediaman keluarga beliau di Lot 5044 Lorong Bintang Emas, Tanah Merah , Kelantan. Pada kemalangan yang berlaku pada dua bulan lepas beliau bersama suami dan anak yang menaiki motosikal telah terbabas dan beliau sendiri telah mengalami patah tangan manakala tiada kecederaan serius berlaku kepada suami dan anak beliau.

Dalam perjalanan balik ahli rombongan sempat juga menziarahi seorang alumni IBS iaitu Sdr. Abdullah Zawawi bin Shuhaimi yang tercedera dalam kejadian jatuh dari pokok kelapa di rumah beliau di Kg Chita Jaya, Bt 6 Tanah Merah Kelantan. Beliau mengalami kecederaan di bahagian kiri dan kanan lengan sebelah dalam dan juga bahagian belakang yang agak serius dan ditempatkan di wad Hospital Tanah Merah selama 5 hari untuk mendapat rawatan dan keadaan kesihatan beliau kini bertambah baik.

Sama-sama kita mendoakan semoga rakan-rakan kita ini segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Hadir sama menyertai rombongan ini ialah pensyarah pelawat IBS Dr Al-Hasan Al Aidaros, pensyarah kanan Dr. Azizah Othman, Dr Noriza Aziz dan wakil Pentadbiran Encik Azahari Abu Hassan selaku penyelaras aktiviti.

Sekian, terima kasih.