Mon09242018

Last updateSun, 15 Jul 2018 11am

Back You are here: Home News & Events UUM Dan Lembaga Zakat Negeri Kedah Usaha Perkukuh Institusi Zakat - 22 Januari 2018

News & Events

UUM Dan Lembaga Zakat Negeri Kedah Usaha Perkukuh Institusi Zakat - 22 Januari 2018

zakat dan uum

UUM ONLINE: Alor Setar - Pertemuan antara UUM dan Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Aras 3 Menara Zakat, baru-baru ini merupakan usaha untuk terus mengukuhkan institusi zakat Negeri Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Sheikh Zakaria Othman berkata, sebagai sebuah universiti Pengurusan terkemuka pihaknya berhasrat supaya tadbir urus LZNK dibantu dan dipimpin oleh UUM.

“Kita mahu UUM menjadi coach kepada LZNK bagi mencapai visi, misi dan meletakkan satu wawasan yang jauh kehadapan serta berharap UUM membantu memperkasakan wawasan tersebut.

“Ini kerana UUM mempunyai kepakaran luas dalam pelbagai bidang jadi menerusi hubungan baik ini kita akan dapat banyak penyelidikan berkenaan perkembangan masa depan dan hala tuju yang berkaitan dengan zakat di Negeri Kedah.

“Harapan saya supaya kerjasama yang dijalinkan dengan UUM akan menjadi suatu wadah baru LZNK dan tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh cemerlang apabila kerjasama ini berlaku,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dr Che Ayoib Che Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) berkata, pertemuan itu bertujuan menyerahkan surat Naib Canselor UUM yang menerima tawaran untuk menubuhkan pusat zakat di UUM serta bertukar tukar fikiran mengenai perkara berkaitan.

Pusat Penyelidikan Zakat dan Inovasi UUM berperanan menerima dana zakat dari LZNK yang dikutip oleh UUM, kemudian mengagihkan kepada asnaf, dan mengemaskini kutipan zakat di UUM, selain mendapat geran penyelidikan untuk melonjakkan sistem zakat di Negeri Kedah melalui inovasi.
“Ini sebagai satu usaha untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan terbaik kepada pembayar dan asnaf zakat di samping menjadi panduan supaya pentadbiran kutipan dan agihan zakat terus berkembang pesat sekali gus membantu asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan,” tambahnya.
Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Mohd Harif , Pengarah Kanan Jabatan Enterprise dan Penjanaan Sumber Kewangan; Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim, Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam dan Prof Madya Dr. Muhammad Nasri Md Hussain, Pengarah Pusat Penyelidikan Zakat dan Inovasi, LZNK UUM.