Mon09242018

Last updateSun, 15 Jul 2018 11am

Back You are here: Home News & Events Wacana Intelektual IBS: “Halal Concern or Pigphobia?”

News & Events

Wacana Intelektual IBS: “Halal Concern or Pigphobia?”

nurhaizal halal

IBS ONLINE : Pada 7 Mac 2018 (Rabu) yang lalu, Jawatankuasa Seminar dan Wacana Ilmu IBS UUM COB telah mengadakan satu program wacana ilmu yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Nurhaizal Azam Arif, dari Faculty of International Studies Hiroshima City University, Japan bertempat di bilik PPA II, IBS. Wacana ilmu yang bertajuk “Halal Concern or Pigphobia” ini telah disampaikan dengan jayanya oleh Prof. Madya Dr. Nurhaizal Azam Arif dengan dihadiri lebih 30 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik dan juga pelajar IBS.

Program tersebut dikendalikan secara santai dengan sesi perbincangan dan soal jawab berkaitan isu halal dan haram dalam kalangan masyarakat terutamanya berkaitan kepenggunaan barangan dan perkhidmatan harian. Beliau turut berkongsi pengalaman semasa berada di Jepun dan membincangkan isu-isu pemilihan produk halal di peringkat antarabangsa. Sebagai contohnya beliau yang telah menetap di Jepun hampir empat (4) tahun memaklumkan tentang inisiatif kerajaan Jepun yang telah menyediakan satu laman web khas iaitu www.halalmedia.jp kepada pengguna muslim terutamanya untuk menyemak status halal bagi pelbagai produk yang ditawarkan di negara berkenaan.

Menurut beliau lagi, halal bukan hanya tertumpu kepada bahan penyediaan dalam sesuatu produk sahaja tetapi merangkumi keseluruhan urusan dan prosedur dalam penyediaan sesuatu produk. Hal yang demikian juga, termasuklah urusan pembiayaan kewangan yang menepati syariat.

Kebanyakan perbincangan juga melibatkan sesi soal jawab antara peserta dan penceramah antaranya isu ‘pigphobia” dalam kalangan masyarakat muslim. Haram bukan sahaja merujuk kepada bahan berunsurkan khinzir semata, malahan juga penggunaan bahan lain yang dilarang dalam Islam termasuklah alkohol dan bahan kimia yang merbahaya kepada kesihatan. Ajaran Islam yang sebenarnya amat menitikberatkan elemen halalan toyyiban dalam kehidupan seharian.

Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan pemahaman para peserta terhadap isu pemilihan produk halal di peringkat tempatan dan juga global, sekaligus meneroka bidang tujahan baharu dalam bidang penyelidikan.

Pihak IBS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof Madya Dr Nurhaizal Azam Arif dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam program ini.