Mon09242018

Last updateSun, 15 Jul 2018 11am

Back You are here: Home News & Events Aktiviti Gotong Royong bersama kariah Masjid Changlun

News & Events

Aktiviti Gotong Royong bersama kariah Masjid Changlun

gotong royong 2018

IBS ONLINE : Tanggal 9 Mac 2018 (Jumaat) Jawatankuasa Pembangunan Komuniti IBS UUM COB telah menganjurkan aktiviti gotong royong di Masjid Changlun. Program dimulakan dengan Kuliah Dhuha bertajuk ”RnR terakhir: cukupkah pelaburan akhirat kita?” oleh Dr. Mohd Shahril Ahmad Razimi, Penyelaras Program Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA) serta majlis penyampaian sumbangan waqaf telekung kepada penduduk kariah berkenaan.

Seterusnya aktiviti diteruskan dengan gotong royong kawasan perkuburan dan keseluruhan kawasan dalam dan luar masjid. Program ini melibatkan penyertaan 30 orang pelajar dan 10 orang staf pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS UUM COB). Selain memenuhi aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) bagi pusat Pengajian IBS, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat setempat dengan staf dan para pelajar serta memberi pendedahan soft skill berguna antaranya kerja berpasukan, kepimpinan, komunikasi dengan masyarakat dan sebagainya kepada semua peserta yang terlibat.