Wed10172018

Last updateSun, 15 Jul 2018 11am

Back You are here: Home News & Events IBS Raikan Penerima Anugerah Dekan Sesi A171

News & Events

IBS Raikan Penerima Anugerah Dekan Sesi A171

anugrah dekan a171
IBS ONLINE: Tanggal 7 Mei 2018 (Isnin) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) bagi Semester Pertama Sesi 2017/2018 (A171). Seramai 283 penerima anugerah bagi sesi A171 kali ini berbanding 188 orang pada semester lepas iaitu pada sesi A162. Peningkatan bilangan pelajar cemerlang hampir 50 peratus.

Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang daripada kedua-dua program Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB) dan Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA). Pada sesi kali ini, anugerah ini telah disampaikan oleh Dekan IBS, Prof Dr. Asmadi Mohamed Naim serta turut diraikan bersama Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, para penyelaras program dan pensyarah-pensyarah IBS. Dekan IBS dalam ucapannya telah menekankan agar pelajar-pelajar yang cemerlang ini supaya dapat bersaing secara sihat terutama dalam suasana yang makin mencabar dengan berlakunya revolusi industri keempat (4IR). 4IR kini merupakan realiti yang diterima di peringkat global yang memberi kesan kepada hampir setiap industri di seluruh dunia dan dengan cepat mengubah bagaimana perniagaan beroperasi.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua pelajar dapat bersedia dengan meningkatkan kepakaran dan kemahiran masing-masing serta perlu belajar berfikir di luar kotak. Selain itu beliau juga menekankan supaya para pelajar dapat memastikan pembangunan insaniah samaada spiritual, fizikal mahupun akhlak sebagai benteng diri dalam menghadapi dunia luar yang penuh pancaroba.

Jawatankuasa pelaksana bagi program ini terdiri daripada staf pentadbiran Pusat Pengajian Perniagaan Islam serta pelajar ahli Kelab Pentadbiran Muamalat (MuAds) dan Persatuan Kewangan dan Perbankan Islam (IFBA) yang sentiasa komitmen membantu perjalanan aktiviti Majlis Anugerah Dekan IBS pada setiap semester.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Dekan, Ketua Jabatan, penyelaras, pensyarah-pensyarah dan semua penerima Anugerah Dekan IBS yang diraikan.

Habis