Wed10172018

Last updateSun, 15 Jul 2018 11am

Back You are here: Home News & Events IBS UUM Latih Profesional Kewangan Islam Di Bosnia

News & Events

IBS UUM Latih Profesional Kewangan Islam Di Bosnia

bosnianews

UUM ONLINE: Dua pensyarah Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM telah dijemput menjayakan dua sesi Summer School Sarajevo 2018 yang berlangsung di Perpustakaan Gazi Husrev-Bey, Bosnia dan Herzegovina, baru-baru ini.

Dekan IBS, Prof Dr Asmadi Mohamed Naim dan Prof. Madya Dr. Zairani Zainol masing-masing membentangkan tajuk Tapisan Syariah untuk Perniagaan dan Kewangan bagi Unit Amanah serta Kontrak dan Produk Yang Diaplikasi Oleh Perbankan Islam.

Prof Dr Asmadi berkata, Summer School Sarajevo 2018 berkisar tentang kewangan Islam menarik penyertaan peserta daripada Eropah dan Asia Barat.

Jelasnya, program itu merupakan anjuran European Association of Islamic Economics, Banking and Finance (EUIEBIF) dan School of Economics and Business, Universiti Sarajevo, Bosnia.

Menurutnya, pembentangan tersebut turut disertai ahli panel lain terdiri daripada pakar dari United Kingdom, Turki dan Bosnia.

Sementara itu, Prof Madya Dr Zairani Zainol berkata, dia teruja berkongsi ilmu secara asas dengan pelajar dan golongan profesional mengenai kewangan Islam dengan mengambil contoh model pembangunan di Malaysia dari awal hingga kini.

Menurutnya, Mmereka sangat berminat mendalami bidang itu dan telah mengadakan perbincangan lanjut tentang isu yang dibentangkan.

“Bosnia mempunyai 52 peratus penduduk beragama Islam, sekali gus menunjukkan potensi halal terbuka luas termasuk produk dan kewangan Islam apatah lagi Bosnia berharap untuk menjadi pintu masuk industri halal bagi benua Eropah.

“Banyak perkara yang dibincangkan seperti perkembangan halal serta mempromosikan IBS di persada dunia.

“Saya nampak peluang perkembangan halal, kewangan Islam lebih terbuka namun penghayatan Islam masih kurang dan mereka hanya mempunyai sebuah bank yang mengamalkan kewangan Islam,” katanya.

Pengarah Summer School yang juga Pengarah Pusat Kajian Kewangan Islam, Universiti Sarajevo, Prof Dr Velid melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UUM yang berkongsi ilmu dan memberi manfaat yang besar kepada para peserta.

Beliau amat berharap kerjasama yang terjalin erat akan berterusan selain menjadi penganjur bersama dengan pihak persatuan dan Universiti Sarajevo.