Sat12142019

Last updateSat, 03 Aug 2019 11am

Back You are here: Home News & Events Sijil Perancangan Kewangan Islam (IFP)

News & Events

Sijil Perancangan Kewangan Islam (IFP)

ifp challenge

UUM ONLINE: Pengamal takaful dan penasihat kewangan industri menyertai Bengkel Perancangan Kewangan Islam untuk Industri (Islamic Financial Planner) IFP Challenge Status bagi mendapatkan sijil perancang kewangan Islam, di EDC Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 
Penyelaras Program BIFB/IFP, Dr. Alias Mat Nor berkata, bengkel yang diadakan selama enam hari anjuran Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) dengan kerjasama Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM).
 
Jelasnya, IBS telah dilantik oleh IBFIM sebagai penyedia latihan (training provider) sijil profesional perancangan kewangan Islam bagi  menawarkan kursus ini kepada staf UUM dan pihak luar sejak 2016.
 
“Saya bersyukur dapat menganjurkan bengkel secara Challenge Status yang menumpukan kepada bengkel modul perancang kewangan Islam  selama 4 hari dan 2 hari terakhir akan diadakan peperiksaan yang akan dikendalikan oleh pihak IBFIM,” ujarnya. 
 
Mengulas lanjut, para peserta akan menduduki peperiksaan MCQ dan kajian kes apabila peserta lulus mereka akan dianugerahkan sijil IFP yang dikeluarkan oleh pihak IBFIM sekali gus melayakan mereka mendapat lesen dari Financial Planner Association Malaysia (FPAM) sebagai perancang kewangan Islam berlesen.
 
“Kami merancang melaksanakan bengkel IFP Challenge status ini 4 kali setahun bagi memenuhi permintaan yang sangat tinggi dari pengamal industri kewangan Islam.
 
“Besarlah harapan kami agar IBS menjadi rujukan dan sumber latihan oleh pihak industri perancang kewangan dan kewangan Islam di Malaysia,” ujarnya yang juga Pensyarah Kanan di IBS.
 
Antara topik yang dibincangkan adalah Syariah dan kewangan Islam, Pengurusan Risiko dan Takaful,  Perancangan zakat dan Percukaian, Perancangan Harta Islam, Wakaf dan persaraan dan Perancangan Pelaburan Islam.
 
Tenaga pengajar membariskan pensyarah IBS seperti Dr. Ahmad Khilmy Abdul Rahim, Dr. Mohd Shahril Ahmad Razimi, Dr. Amirul Faiz Osman, Dr. Mohamad Yazid Isa, Muhamad Abrar Bahaman manakala Shahrul Nizam Ahmad dari Pusat Pengajian Ekonomi Kewangan Dan Perbankan (SEFB).   
 
Para peserta yang menyertai bengkel ini terdiri daripada profesional dalam industri insurans, pensyarah dan mahasiswa.