Sat12142019

Last updateSat, 03 Aug 2019 11am

Back You are here: Home News & Events IBS UUM Turun Padang Santuni Masyarakat Baling

News & Events

IBS UUM Turun Padang Santuni Masyarakat Baling

xtvt baling

UUM ONLINE: Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS UUM) turun padang menyantuni masyarakat Baling dalam program IBS UUM Community Engagement selama tiga hari dua malam.

Dekan, Prof Madya Dr Muhammad Nasri Md Hussain berkata, bagi menjayakan hasrat universiti dalam memastikan ahli akademik turut menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat, satu pusat pengajian telah ditetapkan satu daerah angkat.

“Jadi Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS UUM) memilih Baling sebagai daerah angkat dengan menganjurkan program IBS UUM Community Engagement dengan penduduk di sana.

“Sambutan yang amat menggalakkan dalam program yang berteraskan kebajikan dan pendidikan apabila disambut baik oleh para pemimpin setempat,” katanya.

Antaranya Pejabat Penyelaras Parlimen Baling, Majlis Daerah Baling, Pusat Zakat Daerah, SMK Jerai, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Pejabat Agama Daerah dan pelbagai agensi kerajaan.

Manakala urusetia, Siti Rasyidah Hassan menyifatkan program Community Engagement anjuran bersama Kelab Pelajar Islamic Finance Banking Association (IFBA) IBS sarat dengan pengisian bermakna seperti program anak angkat yang melibatkan 74 pelajar service learning IBS dan lebih kurang 30 keluarga angkat.

Ujarnya, majlis agihan anak angkat disempurnakan oleh Mohd Taufik Yaacob, Penyelaras Parlimen Baling pada hari pertama.

“Hari kedua diteruskan dengan aktiviti gotong royong kawasan sekolah SMK Jerai oleh para pelajar IBS terlibat serta Forum Perdana Rahmatan Lil Alamin yang berlangsung pada malamnya di Masjid Al Huda Kampung Hangus, Kupang menyaksikan sumbangan telekung kepada lima masjid terpilih,” katanya.

Menurutnya, kemuncaknya pada hari terakhir menyaksikan pelbagai aktiviti dijalankan serentak iaitu pameran agensi kerajaan terlibat termasuk Jabatan Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Pendidikan Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), program Sunnah Memanah, Free Market yang memberi pakaian terpakai secara percuma kepada orang ramai.

Selain itu tambahnya, sumbangan turut disampaikan kepada 100 asnaf terpilih yang telah mendapat tajaan Maybank Berhad serta Pusat Zakat Daerah dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, turut diadakan juga seminar kesedaran kewangan Islam yang melibatkan 60 orang pelajar terpilih di SMK Jerai.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UUM, Prof. Dr. Ayoib berkata, program seumpama ini amat baik untuk memantapkan lagi hubungan kemasyarakatan antara Universiti Utara Malaysia dan masyarakat setempat.

“Di satu pihak, program ini memberi pendedahan kepada para pelajar Universiti tentang kepentingan bermasyarakat dan bagaimana mereka dapat mengadaptasi segala ilmu di bilik-bilik kuliah terhadap realiti sebenar kehidupan. Di satu pihak yang lain, masyarakat setempat dapat memanfaatkan peluang dan potensi pendidikan, ekonomi, budaya dengan kelebihan dan kemudahan yang ada disesebuah Universiti.

Jelasnya, generasi muda perlu didedahkan dengan kehidupan sebenar orang kampung dan menyelami susah payah mereka bagi menguatkan jati diri masing-masing bahawa kejayaan akademik bukan segalanya tetap sikap prihatin dan rasa tanggungjawab untuk membantu komuniti juga penting.

“Universiti juga bersedia untuk membantu komuniti Baling dari segi kepakaran ilmu yang ada bagi meningkatkan taraf hidup mereka dalam jangka masa panjang,” ucapnya.