Sat12142019

Last updateSat, 03 Aug 2019 11am

Back You are here: Home News & Events Majlis Iftar Peringkat IBS 1440 H

News & Events

Majlis Iftar Peringkat IBS 1440 H

iftar ibs 2019

IBS ONLINE: Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM telah berjaya menganjurkan Majlis Iftar Peringkat IBS 1440H bertempat di Restoran Tok Keramat, Jitra pada 22 Mei 2019. Majlis bermula pada 7.00 petang dengan ucapan aluan daripada Dekan IBS iaitu Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md Hussain. Majlis diteruskan dengan tazkirah Ramadhan oleh Prof. Madya Dr. Muhamad Noor Habibi Hj Long. Majlis iftar ini melibatkan semua warga kerja IBS bersama keluarga masing-masing. Hampir 30 keluarga warga IBS yang menyertai program kali ini dan tempahan makanan melibatkan 120 orang. Majlis bersurai setelah acara solat maghrib berjemaah dijalankan.

Majlis ini ditaja dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan, Sukan & Rekreasi IBS. Dekan IBS merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa terlibat dan warga IBS yang hadir. Beliau menyarankan agar program seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga IBS bersama keluarga masing-masing.