Sat12142019

Last updateSat, 03 Aug 2019 11am

Back You are here: Home News & Events Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat IBS 1440H

News & Events

Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat IBS 1440H

raya1440h

IBS ONLINE: Tanggal 20 Jun 2019 (Khamis), Jawatankuasa Kebajikan, Sukan & Rekreasi telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri 1440H Peringkat IBS. Majlis telah diadakan di kediaman Profesor Madya Dr. Selamah Maamor di Taman Merbau, Changlun. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Profesor Madya Dr. Muhammad Nasri Md Hussain, Dekan IBS pada jam 11.30 pagi dan diteruskan bacaan yasin dan doa selamat.

Jamuan makan bermula pada jam 12.30 tengahari dan disertai warga IBS bersama keluarga masing-masing. Jawatankuasa penganjur telah menetapkan setiap staf IBS akan menaja menu-menu yang telah ditetapkan secara berkumpulan. Antara menu yang disediakan adalah ketupat, sate, laksam, nasi dagang, nasi arab, kuih raya dan kek, buah-buahan dan pelbagai lagi meu sampingan lain turut disediakan.

Majlis berlangsung sehingga jam 3.00 petang. Jawatankuasa penganjur merakamkan ribuan penghargaan kepada semua warga IBS yang terlibat dalam menjayakan majlis ini dan ianya merupakan tradisi yang akan diteruskan dari masa ke semasa.