Wed04012020

Last updateSun, 16 Feb 2020 12pm

Back You are here: Home News & Events IBS Kongsi Kepakaran Kewangan Islam

News & Events

IBS Kongsi Kepakaran Kewangan Islam

ifp jan 2020

UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Islamic Financial Planner (IFP) Challenge Status Siri 1/2020 telah membantu meningkatkan kefahaman peserta dengan aplikasi Shariah dalam pengurusan kewangan dan harta Islam, takaful, pelaburan Islam, zakat dan percukaian, hibah, wasiat dan faraid.

Penyelaras program BIFB-IFP dari Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Dr. Alias Mat Nor berkata, beliau berhasrat untuk melahirkan lebih ramai lulusan IFP bagi memartabatkan lagi pengurusan kewangan Islam.

“Kita lihat pada hari ini banyak produk Islam seperti kewangan dan perbankan Islam yang menjadi keperluan umat Islam.

“Jadi, kita mengambil inisiatif untuk menyebarkan ilmu kepada perancang kewangan Islam termasuk pengurusan aset, wasiah, hibah, takaful dan pelaburan Islam seperti zakat, cukai, wakaf selain penyelesaian komprehensif kes pengurusan harta dari aspek aliran tunai, perancangan takaful dan haji,” katanya di UUMKL, baru-baru ini.

Tambah beliau, program ini adalah rentetan daripada Memorandum Perjanjian (MoA) yang dimeterai antara UUM dan IBFIM di mana UUM dilantik sebagai Penyedia Perkhidmatan IFP dan Certified Qualification in Islamic Finance (CQIF) kepada pelajar IBS dan pemain industri dalam kewangan dan takaful.

Menurutnya, program itu dikendalikan oleh pensyarah dari IBS yang mempunyai kepakaran luas dalam bidang masing-masing serta seorang pensyarah dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB).

“Dengan adanya program ini mereka dapat mengembangkan lagi ilmu mengenai pengurusan kewangan Islam kepada masyarakat luar sana yang selama ini lebih terdedah kepada sistem konvensional.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan terutamanya dari kalangan mereka yang sudah lama bertapak tetapi tidak memiliki sijil IFP yang datang dari sektor insuran, takaful, unit amanah dan ahli akademik,” katanya.

Antara topik yang dibincang dalam bengkel selama empat hari itu adalah Syariah dan Asas Perancangan Kewangan Islam, Pelaburan Islam, Pengurusan Risiko dan Takaful, Perancangan Harta Islam dan Wakaf, Perancangan Zakat dan Percukaian dan Perancangan Kewangan Islam.

Bagi memenuhi syarat untuk diiktiraf sebagai pemegang sijil IFP yang dikeluarkan oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM), peserta turut menduduki peperiksan selama dua hari yang dikendalikan sepenuhnya oleh IBFIM yang akan melayakkan mereka mendapat Lesen Financial Planning Association of Malaysia (FPAM).