Wed12022020

Last updateWed, 17 Jun 2020 5pm

Back You are here: Home News & Events IBS : Kajian Kitab Bulanan: Mukhtasar Sahih Bukhari Karya Ibnu Abi Jamrah

News & Events

IBS : Kajian Kitab Bulanan: Mukhtasar Sahih Bukhari Karya Ibnu Abi Jamrah

kitab hadis2

IBS ONLINE: Kajian kitab bulanan bertajuk Mukhtasar Sahih Bukhari Karya Ibnu Abi Jamrah yang berlangsung di Bilik mesyuarat eksekutif, IBS pada 11 Februari yang lalu turut mempromosi kitab sahih bukhari atau Mukhtasar Sahih Bukhari Karya Ibnu Abi Jamrah yang telah di tulis dalam Bahasa melayu bagi memudahkan pemahaman para pembaca.

En. Muhammad Abrar Bahaman selaku exco kerohanian IBS berkata “ Program ilmiah ini merupakan usahasama antara Kelab Kebajikan dan Kelab Modal insan, IBS”. Kajian kitab bulanan ini telah di sampaikan oleh Dr. Mohd. Murshidi Mohd. Noor, pensyarah kanan IBS yang juga merupakan Pengerusi Modal insan, IBS. Beliau memulakan majlis dengan bacaan doa serta pengenalan tentang kitab Mukhtasar Sahih Bukhari Karya Ibnu Abi Jamrah. Kitab yang asalnya ditulis oleh ulama’ Spain dalam Bahasa Arab.

Di antara intipati yang disampaikan adalah tentang cara untuk memperoleh keredhaan daripada Allah S.W.T iaitu dengan mengetahui, menghafal dan menyebarkan hadith nabi. Menurut beliau lagi, kitab sahih bukhari adalah sebuah kitab yang paling sohih selepas Al-Qur’an dan penuh berkat. Hal ini kerana, Imam Bukhari senantiasa solat 2 rakaat istikharah sebelum memasukkan sesuatu hadith ke dalam kitab bagi memastikan keputusan beliau adalah disandarkan kepada Allah.

Selain itu, Doa imam Bukhari paling maqbul bilamana “Sesiapa yang membaca Sahih Bukhari, Allah akan membebaskan segala kesulitannya”. Hal ini telah diakui sendiri oleh para qadhi di zamannya. Di samping itu, menghayati kitab sahih Bukhari dapat membersihkan karat-karat dosa dalam hati secara tidak langsung dan In shaa Allah memperoleh keredhaan Allah S.W.T. Majlis diakhiri dengan doa penutup majlis.

HABIS