Fri09222017

Last updateWed, 12 Jul 2017 4pm

Back You are here: Home News & Events Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pusat Pengajian Perniagaan Islam

News & Events

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pusat Pengajian Perniagaan Islam

Khamis 10 Januari 2013, telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah perlantikan kepada pemegang-pemegang jawatan utama Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM COB. Majlis ringkas tetapi penuh makna ini bermula jam 12.00 tengahari berakhir kira-kira jam 12.45 tengahari.

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Dekan Pusat pengajian Perniagaan Islam IBS, PM. Dr. Asmadi Mohamed Naim yang mengingatkan semua pemegang jawatan perlu melaksanakan tugas-tugas dengan integriti yang tinggi.

Tahniah diucapkan kepada semua pemengang jawatan yang telah dilantik. Diharapkan agar semua akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh semangat dan dedikasi.Penyerahan watikah pelantikan dimulakan kepada Ketua Jabatan iaitu Dr. Muhammad Nasri Md. Hussain, Penyelaras Program Pasca Siswazah, Dr. Mohd. Sollehudin Shuib, Penyelaras Program Pentadbiran Muamalat, Dr. Mahyuddin Abu Bakar, dan Penyelaras Program Kewangan dan Perbankan Islam, Dr. Selamah Maamor. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PM Dr. Haji Abdullah Abdul Ghani dan PM Dr. Abu Bakar Hamed.