Fri02232018

Last updateSun, 28 Jan 2018 1pm

Back You are here: Home News & Events

Permainan Islamic Innovative Jenga Blok (IIJB) Dan Muamalat Contracts Fun Board (MCFB) Menerima Pengiktirafan Pingat Emas Dan Perak Di SIGGC2017

 

SIGGC

IBS ONLINE : Tanggal 1 Nov 2017, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS UUM) terus melakar kejayaan apabila memenangi satu Pingat Emas dan satu Pingat Perak dalam Sintok International Games and Gamification Challenge (SIGGC2017) yang julung kali diadakan di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM pada 31 Oktober 2017. Sebanyak 60 lebih permainan yang di pertandingkan dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi dan beberapa buah sekolah. Permainan Islamic Innovative Jenga Blok (IIJB) yang diketuai oleh Dr. Mohd Adib Abd Muin dan Dr. Mohd Sollehudin Shuib dari Jabatan Muamalat dan Pengurusan Halal IBS dan dibantu oleh pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA), Cik Norfarhatul Eizah Kharunna’im, En. Muhammad ‘Arif Azlan, En. Muhammad Amirul Faris Abdullah, En. Muhammad Akram Mohd Yatim dan En. Amirul Ashraf Muhammad. Permainan IIJB ini telah berjaya memikat hati juri apabila merangkul Pingat Emas. Permainan yang dihasilkan menggunakan Blok Jenga yang berwarna-warni, kad soalan, score board dan dadu berwarna. Permainan IIJB yang membawa tag line For Ummah, From Us ini merupakan permainan Islamik yang berkait dengan kehidupan seharian seperti ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Tujuan permainan diwujudkan adalah untuk membiasakan istilah dan hukum-hakam dalam kalangan pemain.

Manakala, satu lagi permainan yang diberi nama Muamalat Contracts Fun Board (MCFB) yang juga diketuai oleh Dr. Mohd Adib Abd Muin dan Dr. Sollehudin Shuib dan dibantu oleh pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA), En. Muhammad Zulfadhli Md Redza dan pelajar Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB), En. Wan Mohamad Amirul Ahza Wan Zainuzzaman telah berjaya menerima Pingat Perak. Permainan MCFB ini dihasilkan dengan menggunakan game board, dadu dan kad maklumat. Tag line bagi MFCB ini adalah “Learn to Play, Play to Learn” dan “Islam Show the Best Solution”. Tujuan MCFB ini dihasilkan adalah untuk menjadikan permainan yang berunsurkan istilah-istilah akad muamalat yang digunakan dalam urusan jual beli perniagaan Islam.

Majlis Perasmian Penutup SIGGC 2017 telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UUM, Prof. Madya. Dr. Razamin Ramli. Dalam ucapannya beliau berkata permainan dan gamifikasi telah menjadi alat bantuan yang penting untuk menyampaikan ilmu serta mampu mewujudkan proses pembelajaran yang menarik dan interaktif sepanjang kuliah dijalankan. Tambahnya, program yang dianjurkan ini dapat mengenal pasti hasil penyelidikan atau produk yang boleh diketengahkan untuk pengkomersilan dalam dan luar negara, membudayakan pemikiran kreatif sebagai pendekatan fleksibel dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta meningkatkan peluang keusahawanan dalam kalangan masyarakat. Ujarnya lagi, peserta dapat membina kemahiran yang tinggi, menjana ekonomi digital dan menyokong agenda STEM iaitu Science, Technology, Engineering dan Math.

Bengkel Pemantapan Tenaga Pengajar Halal

BGKEL HALAL

Satu bengkel pemantapan Tenaga Pengajar Halal (TPH) telah diadakan pada 26 Oktober 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Insanfikir, TISSA UUM. Bengkel melibatkan tenaga pengajar halal yang terdiri dari pensyarah IBS dan felo-felo Asean Halal Association (AHAL), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik (STML). Bengkel yang dikendalikan oleh Ustazah Rosyadah Ramli, Penolong Pengarah dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah.

Bengkel bertujuan memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan para ahli TPH sebagai persediaan sebelum memulakan penawaran modul eksekutif halal pada tahun hadapan. Pusat Latihan Eksekutif Halal IBS UUM dijangka mula menawarkan sijil eksekutif halal dan audit dalaman halal bermula Januari 2018 menggunakan kepakaran ahli TPH yang telah dilantik pihak Majlis Profesional Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kaedah Penting Dalam Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Artikel

 

BENGKEL PNERBITAN

IBS ONLINE: Institut Tadbir Urus Syariah dan Kewangan Islam (ISGaIF), Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM COB telah menganjurkan ceramah berkaitan penerbitan yang bertajuk “Enhance Publication, Increase Citation” pada 1 Oktober 2017 yang lalu. Ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Salina Hj. Kassim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Insanfikir, Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Shafinaz dan dihadiri seramai 40 orang staf dan pelajar siswazah UUM. Ceramah tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada peserta dalam meningkatkan penerbitan artikel jurnal dan juga sitasi. Penganjuran ceramah ini memberi motivasi kepada staf dan pelajar siswazah untuk meningkatkan lagi jumlah penerbitan yang berkualiti dalam membantu ke arah mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) penerbitan universiti.

XXXX

IBS ONLINE: The Institute for Shariah Governance and Islamic Finance (ISGaIF), Islamic Business School, UUM COB has successfully organized a talk on publication titled “Enhance Publication, Increase Citation” on 1st October 2017. The talk which was conducted by Assoc. Prof. Dr. Salina Hj. Kassim from the International Islamic University Malaysia at Insanfikir Meeting Room, Tunku Puteri Intan Shafinaz School of Accountancy was attended by 40 academic staff and graduate students of UUM. The talk aims to expose and guide the participants in enhancing publication in reputable journals as well as citation. In general, the talk motivated the participants increasing the number of publications towards achieving the university’s Key Performance Index.

Urus Tadbir Syariah Yang Baik Perlu Untuk Penambahbaikan Fungsi Institusi Pengurusan Ekonomi Islam Ijtima’i

 

PENILAI MUHD MUDA

IBS ONLINE – Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Timbalan Presiden (Akademik) Universiti Islam Malaysia (UIM) merangkap Penilai Luar Program BIFB IBS, telah berkongsi idea dan pandangan beliau tentang urus tadbir syariah dalam institusi pengurusan ekonomi Islam menerusi wacana ilmiah yang disampaikan bertajuk ‘Urus Tadbir Syariah dalam Institusi Kewangan Islam Ijtima’i' pada 3 Oktober 2017, anjuran Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 3/2.

Menurutnya, peranan yang dimainkan oleh institusi ekonomi Islam yang berbentuk sosial (ijtima’i) seperti institusi zakat dan waqaf menjadi sangat penting bukan sahaja kerana matlamatnya adalah berlandaskan kehendak syarak, tetapi dana yang digembeleng adalah dalam kuantiti yang besar. Manakala institusi berbentuk komersil (tijari) seperti institusi kewangan Islam yang mempunyai urus tadbir korporat yang baik di mana institusi tersebut diselia oleh pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti, pendekatan semak dan imbang seperti itu menyebabkan institusi kewangan Islam berupaya terus berdiri teguh dan utuh.

Institusi pengurusan ekonomi Islam Ijtimai mempunyai kelebihan dari sudut amalan urus tadbir kerana ianya lebih luas lagi berbanding tijari. Pengurusan institusi pengurusan ekonomi Islam perlu memenuhi kehendak syarak meliputi hukum fiqh muamalat dan juga akhlak institusi pengendali. Oleh itu, menurut Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, institusi pengurusan ekonomi Islam meliputi urus tadbir syariah serta urus tadbir korporat.

“Dalam konteks urus tadbir syariah seharusnya bukan sahaja ditekankan kepada patuh syariah, tetapi juga patuh akhlak dan juga patuh akidah” ujarnya.

Beliau juga turut menyatakan bahawa institusi pengurusan ekonomi Islam memainkan peranan yang cukup berkesan bagi mengembang dan meluaskan lagi fungsi dan peranan institusi pengurusan ekonomi Islam khususnya dalam pembangunan umat Islam yang buat masa ini masih lagi terkebelakang dalam kedudukan ekonomi. Oleh itu disarankan agar penerapan urus tadbir syariah yang sedia ada dalam institusi pengurusan ekonomi Islam diperkukuhkan lagi bagi memperkasa institusi itu sendiri.

Program tersebut turut dihadiri Dekan IBS iaitu Prof. Dr Asmadi Mohamed Naim bersama barisan Pengurusan Pusat Pengajian IBS, para pensyarah dan juga para pelajar.

 

UUM Attains Prestigious GIFA Award For The Third Time

 

gifa2017

UUM ONLINE: 6 September - Universiti Utara Malaysia (UUM) once again attained an international recognition when it was selected as the winner of one of the most prestigious awards from the Global Islamic Finance Awards (GIFA) 2017.

UUM was conferred the "Best Islamic Finance Education Provider" award at the seventh edition of GIFA, held at the Kazakhstan capital city of Astana. The award honours the commitment of Islamic financial education providers to nurturing skilled Islamic finance professionals so as to sustain the growth of the industry.

This is the third time that UUM has received recognition from GIFA, in different categories. The two previous recognitions attained by UUM were in the categories ‘GIFA Market Leadership (For Education in Islamic Banking & Finance),’ in 2016, in Jakarta, Indonesia, and 'Best Islamic Finance Qualification,' for the Bachelor of Islamic Finance and Banking (BIFB) programme, in 2013, in Dubai, the United Arab Emirates.

The Vice-Chancellor of UUM, Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, was present to accept the award in a ceremony attended by the President of Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

xxxx

UUM ONLINE: 6 September - Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi menempa pengiktirafan antarabangsa apabila dipilih sebagai salah satu pemenang anugerah berprestij Global Islamic Finance Award (GIFA) 2017.

UUM dianugerahkan "Best Islamic Finance Education Provider" pada edisi ketujuh GIFA yang diadakan di Astana, ibu kota Kazakhstan. Anugerah ini adalah pengiktirafan kepada komitmen penyedia pendidikan kewangan Islam dalam menyediakan profesional kewangan Islam yang mahir untuk mengekalkan pertumbuhan industri berkenaan.

Ini merupakan kali ketiga UUM menerima pengiktirafan daripada GIFA dalam kategori berbeza. Dua pengiktirafan yang diterima UUM sebelum ini adalah bagi kategori GIFA Market Leadership (For Education in Islamic Banking & Finance)' pada 2016 di Jakarta, Indonesia dan 'Best Islamic Finance Qualification' melalui progam Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB) pada 2013 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah hadir menerima anugerah itu dalam majlis yang turut dihadiri Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.