Fri09222017

Last updateWed, 12 Jul 2017 4pm

Back You are here: Home News & Events

Seminar Keusahawanan Halal Peringkat Kebangsaan 2016

karnivalhalal2

IBS ONLINE : Tanggal 9 November 2016, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM telah menganjurkan Seminar Keusahawanan Halal Peringkat Kebangsaan 2016. Seminar yang diadakan di Auditorium dan Makmal Komputer, Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM ini telah menarik hampir 30 orang pembentang dari seluruh negara termasuk pensyarah IBS dan UUM sendiri untuk membentang dan mengadakan sesi soal jawab bersama para peserta lain berkenaan artikel masing-masing. Topik artikel banyak berkisar kepada industri halal dalam pemakanan, keusahawanan dan kewangan & perbankan Islam.

Ucaptama seminar ini adalah dari pihak Perbadanan Nasional Berhad dan program dirasmikan oleh Dekan IBS iaitu Prof Madya Dr Muhammad Nasri Md Hussain. Lanjutan daripada penganjuran seminar ini karnival keusahawanan halal bersempena majlis konvokesyen UUM turut diadakan yang telah menarik hampir 20 usahawan bumiputera bagi mempamerkan produk masing-masing antaranya Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Herba Prima Marketing, Hazleen Chocolate dan sebagainya. Karnival yang berlangsung hampir 10 hari ini telah memberi peluang kepada warga UUM dan pengunjung tentang keberadaan produk muslim bumiputera dalam pasaran.

Simposium Siri Ke 6 IBS

simposium dis 2016

IBS ONLINE : Pada 2 November 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat PPA COB telah diadakan Simposium IBS Siri ke 6 yang melibatkan penyertaan hampir 10 orang pelajar pascasiswazah. Kesemua pelajar berkenaan telah membentangkan artikel masing-masing dan telah dinilai oleh beberapa orang penilai yang terdiri dari kalangan pensyarah IBS iaitu antaranya Prof Madya Dr Abu Bakar Hamed, Dr Azizah Othman, Dr Norazlina Abd Wahab dan sebagainya.

Program symposium ini sedikit sebanyak telah membantu para pelajar dalam memantau dan memberi panduan berguna dalam usaha mereka menyiapkan tesis masing-masing.

Majlis Perpisahan Staf Pentadbiran IBS En Zulkifli Othman

perpisahanenzulkifliIBS ONLINE: Pada tanggal 26 Oktober 2016 pengurusan IBS telah mengadakan majlis perpisahan En. Zulkifli Othman, Ketua Pembantu Tadbir IBS yang telah ditukarkan ke Jabatan Pembangunan & Penyenggaraan (JPP). Beliau yang berkhidmat bersama IBS sejak tahun 2012 lagi. Sepanjang beliau berkhidmat di IBS beliau telah memegang portfolio tugasan pascasiswazah, aset dan pengurusan stor. Komitmen dan khidmat cemerlang yang ditunjukkan beliau semasa berkhidmat di IBS telah menjadi inspirasi kepada semua staf pentadbiran yang lain. Dekan serta barisan pengurusan IBS mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di tempat kerja yang baru. Tempat beliau akan digantikan oleh Ketua Pembantu Tadbir dari JPP iaitu En Azahari Abu Hassan.

Program Delegasi: Muamalat Global Ventures Ke Pattani, Thailand Oleh Kelab Pelajar Pentadbiran Muamalat

thaibmaxtvt

Pada 30 Oktober 2016 sehingga 02 November 2016 Kelab Pentadbiran Muamalat telah mengadakan “Program Delegasi: Muamalat Global Ventures Ke Pattani, Thailand”. Program ini dijalankan dibeberapa buah tempat di Thailand seperti Prince of Songkhla Universiti, Halal Institute PSU dan Kedutaan Malaysia di Thailand. Antara objektif utama program adalah untuk membina dan mengukuhkan hubungan Universiti Utara Malaysia(UUM) dengan Prince of Songkla University (PSU) kampus Pattani. Selain itu, objektif program ini dijalankan juga adalah untuk mengkaji pelaksanaan sistem perniagaan dan pengurusan Islam serta penyediaan makanan halal di Thailand seterusnya memberi gambaran sebenar kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang sistem muamalat, ekonomi dan perniagaan Islam yang dipraktikkan dalam kalangan masyarakat di Thailand. Antara tujuan yang lain adalah untuk mempromosikan program pengajian Pentadbiran Muamalat dan Kewangan Islam yang terdapat di Universiti Utara Malaysia kepada pelajar-pelajar dibawah College of Islamic Studies, PSU Pattani melalui program mobiliti berkredit yang ditawarkan oleh College of Business, UUM.


Ahad (30 Oktober 2016) : Pada jam 9.00 pagi semua peserta dah ahli jawatankuasa telah berkumpul di setiap perhentian bas inasis masing-masing sebelum bertolak ke Bukit kayu Hitam. Setelah selesai proses untuk memasuki ke sempadan Thailand, kira-kira jam 11.30 pagi (waktu Malaysia), semua peserta menaiki van travel agensi untuk bertolak ke PSU Pattani. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam untuk ke sana dan kami tiba di PSU sekitar jam 5.30 petang (waktu Malaysia). Kedatangan kami disambut oleh pelajar PSU dan dibawa ketempat penginapan pelajar untuk kami menginap selama 2 hari. Setelah itu, pada jam 8.00 malam (waktu Malaysia) kami dibawa untuk melihat sekitar pasar malam disana. Pada jam 10.00 malam (waktu Malaysia) kami semua pulang ke tempat penginapan dan mengadakan taklimat ringkas berkenaan aktiviti yang dijalankan pada keesokan harinya.


Isnin (31 Oktober 2016) : Pada jam 8.00 pagi semua peserta dibawa untuk bersarapan sebelum ke bilik seminar College of Islamic Studies (CIS), PSU untuk program perkongsian akademik antara pihak PSU dan UUM. Seterusnya pada jam 9.30 pagi, program dimulakan dengan pengenalan tentang universiti dari pihak PSU dan diteruskan dengan persidangan daripada pihak UUM. Sesi perkongsian akademik telah dijalankan antara CIS dan IBS,UUM melalui pembentangan silibus akademik dan program praktikal yang ditawarkan oleh CIS, PSU kepada para pelajar yang terlibat. Selain itu, penerangan tentang program mobiliti dan pertukaran pelajar turut dijelaskan oleh kedua-dua belah pihak. Dua orang pelajar CIS, PSU yang berpeluang terlibat dengan program mobiliti di IBS, UUM sebelum ini turut berpeluang menceritakan pengalaman mereka sepanjang berada di UUM. Setelah itu, telah berlangsung sesi interaksi antara Kelab Pentadbiran Muamalat UUM dengan badan pelajar CIS yang berkongsi pandangan dan idea tentang aktiviti yang telah dan bakal dijalankan.Terdapat beberapa perihal dan idea kolaborasi program yang telah dicadangkan serta dibincangkan antara dua badan pelajar ini di bawah seliaan kolej akademik masing-masing bagi mengukuhkan lagi hubungan antara dua pihak yang terlibat. Aktivti bersama pelajar PSU tamat jam 12.30 tengah hari (waktu Malaysia).


Setelah itu, peserta diberi masa untuk makan dan solat sebelum melawat ke Halal Institute, PSU pada jam 2.30 petang. Program seterusnya adalah di Halal institute, yang telah banyak berkongsi maklumat tentang cara untuk mendapat kelulusan halal bagi sesuatu produk di Thailand. Menurut pihak Halal Institute, mereka mempunyai 2 jabatan utama iaitu di PSU kampus Pattani dan PSU kampus Hatyai. Halal Institute, PSU adalah sebuah pusat yang melibatkan proses pembuatan, kajian dan penapisan sesuatu produk sebelum produk tersebut dihantar ke Institusi Halal utam di Bangkok untuk mendapat pengitirafan halal. Aktiviti bersama Halal Institute, PSU tamat pada jam 4.00 petang. Setelah itu, peserta telah dibenarkan untuk pulang ke tempat penginapan. Pada Jam 8.00 malam, telah berlangsung majlis penutup dan jamuan perpisahan bersama pihak CIS, PSU. Setelah selesai majlis pada jam 10.00 malam, taklimat ringkas dijalankan bagi menerangkan tentang aktiviti yang bakal diadakan pada keesokan hari antara ahli jawatankuasa dan peserta.


Selasa (01 November 2016) : Setelah sarapan pada jam 8.00 pagi, semua peserta telah bersiap-siap untuk bertolak ke Hatyai. Semua peserta menaiki van travel agensi untuk ke tempat penginapan di Hatyai. Pada jam 2.00 petang, kami berhenti untuk solat dan makan tengah hari. Kami tiba di tempat penginapan (Hope Inn Hotel) jam 4.30 petang. Setelah itu, semua peserta diberi masa untuk berehat sementara untuk meneruskan aktiviti yang dirancang oleh pihak agensi untuk melihat kawasan di sekitar Hatyai pada jam 6.00 petang. Aktiviti berakhir pada jam 10.00 malam dan kami dibawa pulang semula ke tempat penginapan.


Rabu (02 November 2016) : Hari terakhir kami di Thailand, semua peserta bersarapan pada jam 8.00 pagi. Setelah mendaftar keluar penginapan, semua peserta terus dibawa ke Consulate General Of Malaysia Songkhla Thailand dan tiba disana pada jam 11.30 pagi. Banyak info yang telah kami perolehi di sana mengenai bidang tugas consulate general Malaysia dengan perbincangan santai antara kedua pihak. Selain itu terdapat juga beberapa info menarik yang dikongsikan seperti jumlah penduduk Malaysia yang menetap di Thailand, kes-kes yang pernah terjadi di Thailand berkaitan dengan penduduk Malaysia dan banyak lagi. Program bersama Consulate berakhir pada jam 1.00 petang dan seterusnya semua peserta diberikan masa untuk solat. Pada jam 2.30 kami dibawa ke tempat-tempat yang pelancongan yang menarik di sekitar itu Songkla dan Hatyai. Setelah itu, pada jam 7.00 malam, ahli-ahli peserta program berhenti untuk makan sebelum bertolak ke border. Kami tiba di border Malaysia jam 9.30 malam dan semua peserta tiba di Universiti Utara Malaysia sekitan jam 11 malam.

Taklimat Perjawatan Akademik oleh Jabatan Pendaftar

taklimatperjawatan

IBS ONLINE : Tanggal 25 Oktober 2016, Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia IBS telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi taklimat perjawatan akademik terutamanya yang berkaitan dengan kenaikan pangkat kepada semua pensyarah IBS. Taklimat bertempat di Bilik Mesyuarat PPA COB bermula jam 2.00 petang itu telah menarik kehadiran hampir 20 orang pensyarah IBS termasuk Dekan IBS sendiri.


Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pendaftar Kanan IBS, iaitu En Redzuan Ishak. Rata-rata peserta menyifatkan taklimat ini telah memberi banyak manfaat dan input-input berguna kepada mereka terutamanya dalam usaha persediaan dan perancangan untuk memohon kenaikan pangkat kelak.