Fri09222017

Last updateWed, 12 Jul 2017 4pm

Back You are here: Home News & Events

IBS : Penyelidik IBS dan TISSA Berganding Bahu Bangunkan Rangka Kerja Konseptual Perakaunan Islam

accreportnews

Gandingan mantap para penyelidik daripada Pusat Pengajian Perniagaan Islam (Islamic Business School – IBS) dan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accounting - TISSA) berjaya mengetengahkan hasil penyelidikan mereka bertajuk ‘Kerangka Kerja Konseptual Perakaunan Islam (Wakaf, Zakat dan Baitulmal) untuk dijadikan sebagai input bermakna kepada negara dalam usaha membangunkan piawaian perakaunan dan pelaporan kewangan yang seragam. Penyelidikan ini diketuai oleh pensyarah IBS iaitu Prof. Dr. Abdullah Hj. Abdul Ghani, Dr Nasri Naiimi, manakala daripada TISSA pula adalah Dr Zaleha Othman, Dr. Rohami Bin Shafie, Mohamad Sharofi b. Haji Ismail, Fathilatul Zakimi bin Abdul Hamid dan juga pembantu penyelidik iaitu Mohd Haneef Abd Kadir.

Hasil penyelidikan kumpulan ini telah dibentang dan dikongsikan bersama seramai 200 peserta yang terdiri daripada para akauntan, para auditor dari seluruh agensi kerajaan dalam Seminar Penyelidikan Perakaunan dan Pelaporan Kewangan Islam bagi Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia pada 25 Oktober 2016, Selasa, di PICC Putrajaya. Seminar anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia ini adalah bertujuan untuk mendapatkan resolusi daripada pemegang-pemegang taruh khususnya majlis agama Islam negeri-negeri berkaitan dengan pembangunan dan pelaksanaan piawaian perakaunan dan pelaporan kewangan patuh syariah yang seragam bagi institusi wakaf, zakat dan Baitulmal di Malaysia. Selain itu, seminar ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan mendapatkan maklumbalas berkaitan dapatan kajian penyelidikan perakaunan dan pelaporan kewangan Islam serta untuk menjelaskan inisiatif JAKIM dalam membangunkan piawaian perakaunaan patuh syariah yang seragam bagi institusi wakaf, zakat dan bailtulmal di Malaysia.

Turut hadir dalam seminar ini adalah Dr. Alias Azhar sebagai wakil pemerhati dari UUM yang juga menyatakan bahawa hasil penyelidikan seumpama ini amat digalakkan dan diharap para penyelidik UUM akan lebih ramai dan bersemangat lagi bergerak kepada bentuk penyelidikan yang boleh menyumbang kepada kelangsungan dasar Negara.

Terima kasih.

Best Paper Awards!!

bestpaper

IBS ONLINE : IBS mencatatkan satu lagi pencapaian membanggakan apabila kertas kerja bertajuk “The Impact of BNM Guidelines on Household Loans on Commercial Bank and Islamic Bank Performances” tulisan pensyarah IBS Mohamad Yazid Isa telah terpilih sebagai antara kertas terbaik di International Conference on Accounting, Management and Economics (ICAME 2016) yang berlangsung di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.

ICAME 2016 yang berlangsung pada 8 Oktober 2016 telah menghimpunkan lebih 150 peserta dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Turki, Indonesia, Somalia dan Afrika. Seminar bertujuan menghimpunkan peserta industri, ahli akademik dan para pelajar bagi membincangkan idea dalam membangunkan sebuah negara yang mampan dan berdaya saing. Dengan tema “Towards Sustainable Economic Development Through Multidisciplinary Research” , sebanyak 60 kertas kerja dalam bidang perakaunan, pengurusan dan ekonomi telah dibentangkan pada seminar ini.

Wakaf dekatkan diri kepada ALLAH dan bantu majukan Ummah

wakafUUM ONLINE: Wakaf merupakan satu cara beribadat untuk mendekatkan diri kepada Allah, selain dapat dimanfaatkan untuk memajukan kesejahteraan Ummah.


Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Prof Madya Dr Muhammad Nasri Md Hussin berkata, wakaf diiktiraf dalam Islam kerana harta yang diwakafkan itu secara tidak langsung akan membantu meningkatkan ekonomi umat Islam.

"Allah sayangkan hambaNya dengan memberi laluan atau jalan kepada kita untuk beribadat iaitu menerusi wakaf. Wakaf adalah peluang kepada umat islam untuk mengumpul amalan semasa di akhirat kelak.

"Dengan wakaf ini juga, bukan sahaja bermanfaat kepada diri sendiri tetapi jika kita mempunyai dana wakaf yang bagus juga mampu menguatkan ekonomi umat Islam," katanya pada Majlis Perasmian Seminar Celik Wakaf di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, tengah hari tadi.

Lebih 300 peserta terdiri daripada UUM, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pelajar telah mengikuti seminar tersebut yang mana turut menampilkan dua panel iaitu Mohd Fadzli Rosli, Eksekutif Syariah, Yayasan Wakaf Malaysia dan Syeikh Ahmad Zaki Ghazali, Ketua Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Seminar yang julung kali diadakan itu merupakan kerjasama IBS dengan Yayasan Wakaf Malaysia, Institut Tadbir Urus Syariah dan Kewangan Islam (ISGaIF) dan MAIK.

Peserta juga turut mengikuti sesi selari akademik yang mana Dr Amirul Faiz Osman dan Dr Hydzulkifli Hashim sebagai moderator.

UUM IBS-STES Islamic Village Tangerang Establishes Cooperation

stes

UUM ONLINE: Jakarta – Universiti Utara Malaysia through its Islamic Business School (IBS) and the Sekolah Tinggi Ekonomi Syariah (STES) Islamic Village has recently established academic cooperation with the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) at the Century Park Hotel.

UUM was represented by the Vice-Chancellor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak while STES Islamic Village was represented by Hajah Atiqi Chollisni, the Chairperson of the Islamic Village Foundation.

Present to witness the MoU signing ceremony were the Dean of IBS, Assoc. Prof. Dr. Muhammad Nasri Md Hussain and the Head of the STES Islamic Village, Dr Hajah Dewi Reni.

Among the collaborative activities set to take place are student exchange programmes, short courses, roundtable discussions as well as jointly organised seminars, case studies and research projects. STES Islamic Village has nearly 3,000 students who are pursuing Bachelor and Master’s degree programmes.

According to the representative of the Head of STES Islamic Village, Hj Mukhlis, UUM is regarded as an expert in the field of accounting and finance. Therefore, the opportunity to collaborate and work with should be benefitted as much as possible especially for and amongst the students and the instructors of STES Islamic Village, Tangerang. Also present were senior UUM and STES Islamic Village officials.

IBS Attained GIFA Awards for the Second Time

gifa2UUM ONLINE: Jakarta, October 2 - UUM through its Islamic Business School (IBS) has once again added another feather to UUM’s cap when the school was awarded the GIFA Market Leadership 2016 (For Education in Islamic Banking & Finance) by the Global Islamic Finance Awards (GIFA) on 29 September.

The award was presented by the Chairman of the GIFA, Prof Humayun Dar. The UUM Vice-Chancellor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, was present to accept the award, which was witnessed by the Indonesian President, Mr. Joko Widodo.

GIFA recognises IBS as being the first school in the world which offers two academic programmes in the field of Islamic Finance in the Bachelor, Master and Doctoral levels, and earns the AACSB accreditation. GIFA also acknowledges IBS for its many other achievements namely its many esteemed visiting lecturers, voluminous enrolment of international students, countless participation in international research and seminars as well as Memorandum of Understanding (MoU).

The GIFA Market Leadership 2016 (For Education in Islamic Banking & Finance) was the second award received by IBS after winning the first award in Dubai in 2013 for the category of 'Best Islamic Finance Qualification' through its Bachelor of Finance and Islamic Banking programme (BIFB).

Also present at the ceremony were the Dean of IBS, Assoc. Prof. Dr. Muhammad Nasri Md Hussain and senior UUM officials.