Fri09222017

Last updateWed, 12 Jul 2017 4pm

Back You are here: Home News & Events

Let's Get Published!!

LETS GET PUBLISHEDIBS ONLINE: Institut Tadbir Urus Syariah dan Kewangan Islam (ISGaIF), Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM COB telah menganjurkan ceramah berkaitan penerbitan yang bertajuk “Lets Get Published” pada 14 Mac 2016 yang lalu. Ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Salina Hj. Kassim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu telah diadakan di bilik Mesyuarat Insanfikir, Pusat Pengajian Perakaunan dan dihadiri seramai 40 orang staf dan pelajar siswazah UUM. Ceramah tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada peserta dalam menghasilkan artikel jurnal serta meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti penerbitan artikel bagi pusat pengajian ini dan seterusnya UUM sendiri. Penganjuran ceramah ini diharap memberi motivasi kepada staf dan pelajar siswazah untuk meningkatkan lagi jumlah penerbitan yang berkualiti dan membantu ke arah meningkatkan penerbitan universiti.

...............................XXX.

IBS ONLINE: The Institute for Shariah Governance and Islamic Finance (ISGaIF), Islamic Business School, UUM COB has successfully organized a talk on publication on 14 March 2016. The talk which was conducted by Assoc. Prof. Dr. Salina Hj. Kassim from the International Islamic University Malaysia at Insanfikir Meeting Room, School of Accounting was attended by 40 academic staff and graduate students of UUM. The talk aims to expose and guide the participants in producing journal articles as well as to improve the quality and quantity of published articles. In general, it is hoped that the talk will positively contribute towards increasing the number of publications for the university.

Habis.

 

Lawatan Kerjasama PSU Thailand

PSU THAIIBS ONLINE: Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) telah menerima kunjungan hormat dari College of Islamic Studies, Prince of Songkhla University (PSU) Kampus Pattani, Thailand. Rombongan seramai lapan (8) orang ini diketuai oleh Pengarah College of Islamic Studies PSU sendiri iaitu Dr Yusof Talek. Lawatan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama yang lebih luas dalam bidang akademik memandangkan kedua-dua institusi menawarkan bidang pengajian dan pengkhususan yang sama.

Delegasi ini terlebih dahulu telah dibawa meninjau kawasan kampus UUM dengan kerjasama pihak Anjung Tamu UUM, sebelum dibawa ke Pejabat Am IBS untuk taklimat ringkas mengenai IBS oleh Dekan IBS iaitu Prof Madya Dr Muhammad Nasri Md Hussain. Pengarah CIAC iaitu Dr Mohamad Farizal Rajemi yang turut hadir dalam sesi dialog tersebut turut menjelaskan secara komprehensif bentuk serta peluang kerjasama yang berpotensi untuk diterokai oleh kedua-dua institusi.
Turut hadir dalam sesi dialog tersebut adalah Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA) UUM COB, Dr Hendrik Lamsali. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari kedua-dua pihak dan jamuan tengahari.

XPDC Hutan Sintok Sempena Merdeka

merdekaibsIBS ONLINE-  Sempena meraikan Sambutan Kemerdekaan Negara yang ke 58 pada 31 Ogos ini, Warga IBS menyahut cabaran untuk merentasi Hutan Sintok UUM pada 25 OGOS 2015 (Selasa). Para peserta yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran IBS  amat teruja dengan aktiviti yang julung kali diadakan oleh pusat pengajian ini dan mereka memulakan perjalanan dari Pusat Sukan pada pukul 9.00 pagi. Ekspedisi ini diketuai dan dipimpin oleh pensyarah IBS sendiri yang merupakan anggota sukarela PALAPES UUM berpangkat Leftenan iaitu En Mohd Adib Abd Muin.

Ekspedisi dan Jelajah Hutan Sintok ini telah memberi pengalaman berharga kepada para peserta yang rata-ratanya tidak pernah mengetahui tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat dalam Hutan Sintok UUM ini. Semangat perpaduan dan patriotik jelas terpancar di wajah semua peserta yang menyertai aktiviti ini dan mereka berharap agar ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Habis.

 

Dr. Dewi Reni mahu meneroka peluang kerjasama STES Indonesia - UUM

ANJUNG TAMU ONLINE: UUM adalah kampus yang sangat luas, kami dapat katakan sebagai “kampus kehidupan” kerana semua aktiviti kehidupan sangat lengkap dipadu dalam suatu kegiatan pendidikan yang lengkap sekali” demikianlah menurut Pengarah Sekolah Tinggi Ekonomi Syariah (STES), Kelapa Dua Tengerang, Banten Indonesia, Dr. Dewi Reni semasa lawatan ke UUM baru-baru ini.

“Beautiful Campus” ujarnya selaku ketua delegasi sebaik sahaja selesai diberi penerangan mengenai Discover UUM 2016 sambil melawat persekitaran Welcome Centre.

Sementara itu, Ketua Prodi Perbankan Islam juga dari STES, Dr. Hendy Herijanto berkata, “

“A very fantastic impression of UUM as reflected by the people who entertained us and I am also impressed with the organization”,

“The design, as well as the layout of the Welcome Centre is very impressive”,

“We can see the bright prospects and future of Islamic students and the Economics, Finance and the prosperity of Muslims”,

“All perfect, I have no further suggestion”.

Dalam pada itu, Ketua Delegasi seterusnya mengakhiri lawatan dengan berkata, “Mudah-mudahan kami dapat bekerjasama dengan UUM melalui Pusat PengajianPeniagaan Islam (IBS) di masa akan datang melalui pertukaran pelajar, pegawai dan juga tenaga akademik”,

“Terima Kasih di atas sambutan yang begitu hangat dan baik sekali”, tambahnya sambil tersenyum.

Hadir mengiringi delegasi, Pegawai Tadbir IBS (UUM COB), Mohamad Fadzil Samiran.

National Seminar on Hibah to Empower Islamic Property Management

hibahnewsIn an effort to help resolve issues concerning Islamic property management, the Islamic Business School (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM),

 in collaboration with Wassiyah Shoppe Sdn Bhd, organised a two-day National Seminar on Islamic Property Management 2015 (i-Hibah), at the Islamic Centre Complex recently.

The Dean of the IBS, Assoc. Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim, said that hibah was one of the approaches to Islamic property planning that were crucial to obviating property disputes arising in the future.

According to Dr. Asmadi, specifically, hibah is a contract whereby the ownership of a piece of physical property (‘ain) is granted voluntarily by the hibah provider, during their lifetime, to another party without the imposition of a reprisal (iwad). In theory, hibah is one of the principles in Islamic Muamalat practised by Islamic financial institutions.

"Today, there are many institutions that manage family estates like Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, which has long practised the hibah method of management. However, the concept of hibah is still largely unknown to the people of this country because of the lack of promotion, as well as understanding, concerning it.

"As such, this inaugural seminar, which is organised in collaboration with Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, aims to discuss this concept and present it to the members of both the Muslim and non-Muslim communities in order to help them better understand the concept and put it into practice in their lives," he said.

He added that the two-day seminar would provide valuable information concerning hibah, which would help towards understanding its implementation.

Meanwhile, the CEO of Wasiyyah Shoppe, Mr. Azrin Sabirin, who is also the Co-Chairman of i-Hibah, said that, though this year’s seminar marked the fourth instance of its organisation, it was the first time that it was successfully organised in collaboration with UUM.

He said that hibah was only just beginning to gain exposure as the most effective estate planning instrument, particularly for Muslims. However, he added, the Muslim community was yet to gain a full understanding of the difference between hibah and the will.

"This seminar will provide a platform for all academics, practitioners i.e. the members of the Syariah Court, and industry players to analyse, discuss, and disseminate knowledge concerning the concept of hibah more effectively.

"Therefore, it is hoped that this seminar will impart beneficial knowledge to all participants, not only those from UUM and the northern region of the Peninsula, but also those from Brunei," he said.

The opening ceremony was officiated by Tuan Sheikh Ahmad Faisol Omar, the Chief Assistant Director of the Syariah Law Enforcement Division, Kedah Islamic Affairs Department.

The seminar participants will have the opportunity to hear the keynote address presented by the erudite Syariah Chief Judge of the Pahang Syariah Judiciary Department, Dato' Abdul Rahman Md Yunus. Apart from this, they will also be able to glean much gainful information furnished by the various parallel sessions scheduled to run throughout the seminar.