All News

Slipped Disc: Care and Cure

slip disc

IBS ONLINE : 25 Feb 2020 (Selasa)- Dalam usaha menjaga dan memelihara kesihatan dan kebajikan staf dan pelajar, Jawatankuasa Kebajikan, Sukan & Rekreasi IBS telah mengadakan ceramah kesihatan bertajuk “Slipped Disc: Care & Cure” yang dihadiri lebih kurang 40 orang peserta termasuk pelajar dan staf UUM.
En. Suhaibun B. Yaziz, Pengarah Urusan DBC Physiotherapy Alor Setar memperkenallkan tanda-tanda slip disc, cara mengesan dan punca-punca berlakunya slip disc terutama di kalangan atlet, pekerja berat, serta penjawat awam dan pelajar.

Menurut beliau, pada peringkat awal slip disc pesakit akan merasa sakit di bahagian dalam badan dan perut apabila batuk atau bersin, panas menekan sampai ke bahagian kaki dan juga rasa mencucuk di spinal.

Di antara punca berlakunya slip disc adalah jatuh, kemalangan, barah dan mengangkat barang dengan postur salah, berat badan berlebihan, merokok, mengandung, faktor usia dan genetik.
Sebagai langkah pencegahan dan kesihatan berpanjangan, para peserta dinasihatkan agar menjaga 5 elemen utama iaitu memastikan cukup tidur (6-8 jam), cukup nutrisi, cukup air, senaman dan jauhi stress.

Menurutnya, bagi penderita slip disc, terdapat beberapa jenis Cure di Physiotherapy termasuklah Stretching, Ultrasound, Hot/ Cold therapist, Akupuntur, Spinal joint mobilization, STM (Deep massage), Sport massage dan DBC programme. Peserta boleh berkunjung ke DBC Alor Star bagi mendapatkan rawatan.

HABIS