All News

Bengkel: Smart PLS-SEM menggunakan SmartPLS 3.0

smart pls

IBS ONLINE : Unit Penerbitan IBS (ISGaIF) telah menganjurkan satu bengkel analysis menggunakan SmartPLS 3.0 pada 16 Jun 2020 yang lepas secara online melalui aplikasi Webex. Bengkel ini telah dikendalikan oleh pensyarah kanan IBS, Dr. Raja Rizal Iskandar. Seramai 27 peserta telah mengikuti bengkel ini dimana 18 daripada mereka merupakan pelajar dan pensyarah daripada pelbagai universiti luar. Manakala selebihnya terdiri daripada pensyarah IBS.

Bengkel ini memperkenalkan secara mendalam mengenai pengenalan kepada analysis PLS-SEM dan juga menunjukkan secara teknikal cara menggunakan aplikasi SmartPLS 3.0. Tiada sebarang rakaman dibuat pada bengkel kali ini. Rakaman hanya akan dibuat jika mendapat permintaan daripada para peserta bengkel pada masa hadapan.

HABIS.