All News

Morning Walk with Love

morning walk
IBS ONLINE: 12 Mac 2020 (Khamis)- Dikala dunia dikejutkan dengan penularan wabak COVID 19, IBS dengan inisiatif dari jawatankuasa kebajikan, sukan & rekreasi telah menggalakkan para staf IBS meningkatkan kesihatan dengan program “morning walk” yang bermula seawal 8. 30 Pagi di perkarangan IBS. Setiap peserta dibekalkan air mineral bagi memastikan hidrasi yang baik sepanjang perjalanan di sekitar UUM. Program dimulakan dengan Streching di hadapan bangunan IBS. Perjalanan yang kira-kira 3KM itu diketuai oleh En. Azhari bermula dari IBS ke SOC, menaiki bukit SOC terus ke tiang2 (taman) seterusnya, Mini golf, menaiki jambatan menghala ke tasik.

Setibanya di tasik, warga IBS berehat seketika sambil mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Amirul Hakeem. Tazkirah tentang kepentingan solat dhuha, bersyukur serta berzikir itu amat bermakna terutama dalam keadaan negara yang dilanda corona virus. Penekanan diberi supaya takutkan Allah melebihi segala-galanya dan menyerahkan urusan sepenuhnya kepada Allah. Sejurus selepas tazkirah berakhir, warga IBS terus ke dataran TSO dan pulang ke IBS menikmati juadah yang disediakan. Habis

HABIS.