All News

Integriti dalam Pengurusan & Pentadbiran

 

 

felo adjung

IBS ONLINE : “Salah seorang manusia yag paling tinggi integritinya ialah Nabi Muhammad S.A.W”. Mempunyai integriti yang tinggi adalah merupakan salah satu elemen yang sangat penting untuk diterapkan kepada para pelajar pada hari ini”. Ini merupakan sebahagian dari perkongsian sesi Syarahan Felo Adjung Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan sesi Syarahan Felo Adjung pada 6 Julai 2020 yang bertemakan “ Integriti dalam Pengurusan dan Pentadbiran”. Syarahan secara webinar ini disampaikaan oleh Profesor Adjung IBS, Dato’ Haji Abd Rahman Haji Ismail yang merupakan mantan pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Kedah (JHEAIK). Beliau merupakan antara individu yang mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang pengurusan khususnya dalam mempraktis dan menyebarkan pengurusan Islam kepada mayarakat. Beliau yang berpengalaman selama 33 tahun dalam bidang pengurusan dan pentadbiran menegaskan bahawa perlunya menjaga amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

Integriti secara ringkasnya boleh dianalogikan dengan ibadah puasa. Muslim yang bertakwa kepada Allah tidak akan sesekali meninggalkan atau membatalkan puasanya dengan sengaja walaupun tiada siapa yang melihat dan mengetahuinya. Untuk menjadi Muslim yang hebat perlulah mempunyai integriti yang tinggi dan bersungguh-sungguh dalam melaksankan tanggungjawab yang diberikan.

Syarahan Felo Adjung sehari ini telah dihadiri oleh seramai kira-kira 150 peserta yang terdiri daripada staf dan para pelajar Universiti Utara Malaysia secara online dan offline. Turut hadir dalam syarah felo ini ialah Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Prof. Madya. Dr Muhammad Nasri Hussin.

Pensyarah Muda IBS, Dr Nor Aina menyatakan topik yang dikupas didalam Syarahan Felo Adjung ini sangat memberi makna kepada beliau dan para pelajar betapa pentingnya berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam semua perkara dan niat yang baik akan menghasilkan individual yang berakhlak baik.

HABIS.