All News

Sharing Session on Submission of Article

sharing article

 

IBS ONLINE : Jawatankuasa Penerbitan, Institute of Shariah Governance and Islamic Finance (ISGaIF) telah menganjurkkan satu sesi perkongsian berkaitan penghantaran artikel jurnal pada 14 Julai 2020 yang lalu secara online melalui aplikasi Webex. Sesi perkongsian ini telah dikendalikan oleh Pengarah ISGaIF, merangkap pengerusi JK Penerbitan ISGaiF, Prof. Madya Dr. Norazlina Abd. Wahab.

Seramai 25 orang peserta yang terdiri dari kalangan pensyarah dan pelajar-pelajar pascasiswazah telah menyertai sesi perkongsian ini. Sesi perkongsian ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman berkaitan penghantaran artikel ke jurnal-jurnal ternama seperti Emerald, Elsevier dan lain-lain. Beberapa tips dan kaedah untuk meningkatkan penerbitan juga dikongsikan dalam sesi ini.

HABIS.