All News

Ilmu Knowledge Series Kongsi Pengalaman Dan Operasi Sistem Perbankan

ilmu

UUM ONLINE: Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah melaksanakan sesi Webinar Ilmu Series 51:’Innovation in Banking Products and Services Amid Covid19 Era: Integrating Islamic Social Finance Instruments’ menerusi Microsoft Teams, baru-baru ini.

Ilmu Series 51 ini merupakan kerjasama UUM melalui Institute of Shariah Governance and Islamic Finance (ISGaIF), IBS yang disertai lebih 300 peserta terdiri staf dan pelajar IBS, warga BIMB serta peserta luar UUM.
Pengarah Institute of Shariah Governance and Islamic Finance (ISGaIF), Prof. Madya Dr. Norazlina Abd. Wahab berkata, Ilmu Knowledge Series itu merupakan program yang dijalankan secara bersiri oleh Bank Islam untuk menyokong usaha institusi pengajian tinggi dalam meningkatkan kualiti dan ilmu pelajar dengan berkongsi aspek pengalaman dan operasi sistem perbankan khususnya di Malaysia.

Menurutnya, sebanyak 48 siri telah dijalankan sejak tahun 2016 hingga 2019, manakala pada tahun ini, program tersebut dilaksanakan secara atas talian.

“Pada Siri 49 yang lalu telah dijalankan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala bagi Siri 50, kita mendapat kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia.“Selain sesi forum, Webinar ini juga turut diserikan dengan sesi perkongsian karier (Career Journey) oleh dua alumni UUM yang sedang menempa nama dan kerjaya bersama Bank Islam Malaysia Berhad,” katanya.

Webinar yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad turut menampilkan tiga panelis forum hebat iaitu Ketua Pakar Ekonomi BIMB, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid; Pengurus Besar Hubungan Strategik BIMB, Mohd Nazri Chik ddan Prof. Dr. Nor Hayati Ahmad dari IBS.

Turut serta, Dekan IBS, Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md. Hussain.