All News

Bengkel Latihan Pelaksanaan Peperiksaan Modul 4 Persediaan IFP-CS Online

 

ifp

 

UUM ONLINE: Unit Islamic Wealth Management and Professional Training (I-Wealth), Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) telah mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Latihan Pelaksanaan Peperiksaan Modul 4 Islamic Financial Planner-Challenge Status (IFP-CS) secara atas talian sebagai persediaan pelaksanaan peperiksaan IFP-CS dalam norma baharu.

Bengkel anjuran I-Wealth, IBS itu mendapat bimbingan secara langsung daripada Ahli Perancang Kewangan Islam berpengalaman, Mohd Zahidi Ahmad yang juga merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Emzek Associates.

Pada sesi pertama bengkel ini, beliau memberikan pendedahan kepada tenaga pengajar IFP UUM berkaitan kaedah mempelbagaikan pengetahuan berkaitan prosedur, kaedah dan software dalam melaksanakan bengkel dan peperiksaan IFP-CS secara atas talian.

Manakala untuk sesi yang kedua telah dikendalikan oleh Head of Examination & Assessment IBFIM, Norwani Naim yang mana beliau telah berkongsi berkenaan kaedah pengendalian bengkel dan peperiksaan IFP-CS secara atas talian.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 14 pensyarah IBS yang mengajar subjek IFP di IBS. Kebanyakan peserta menyatakan bengkel ini telah membantu mereka mengenali dan memahami ilmu dan teknik pengajaran terkini melalui software pengajaran yang sedia ada.

 

TAMAT