All News

Hala Tuju Kerjaya Islamic Financial Planner (IFP) Holder

ifp hala tuju

UUM ONLINE: Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) menerusi Jawatankuasa Wealth Islamic Business School sekali lagi menganjurkan program Sembang Santai Hala tuju Kerjaya IFP Holder melalui aplikasi Webex, baru-baru ini.

Seramai 92 peserta termasuk pelajar dan pemain industri dalam bidang Kewangan Islam telah menyertai sesi yang menampilkan Group Agency Manager, Principal Assets Management Bhd, As Salihin Trustee Bhd, Jamsari Samad dan Agency Director, FWD Takaful Berhad dan Caliph Group, Mohd Nor Amin Mohamad Sukeri yang mana masing-masing merupakan alumni IFP-CS IBS IBFIM.

"Pertama, tanya pada diri, apa impian anda. Kedua, perlu adanya mentor sebagai rujukan perkembangan ilmu. Ketiga, jangan takut untuk buat kesilapan dan teruskan berkongsi ilmu yang dipelajari kepada orang ramai. Ketahui kaedah ‘Law of Attraction’,” kata Jamsari yang berkongsi kekuatan pembinaan yang perlu ada pada seseorang ialah kemahiran komunikasi dan pentingnya dalam menjaga adab kepada guru yang memberikan ilmu.

Sementara itu, Mohd Nor Amin menegaskan perkara penting yang perlu ada pada diri seseorang iaitu pemikiran yang betul dan sikap.

“Dua kemahiran yang membantu anda ialah kemahiran penulisan (copywriting) dan percakapan. ‘Don't work to earn but work to learn’.

"Membina jaringan perhubungan amat membantu seseorang itu dalam kerjaya ini," katanya.

Sembang santai ini berakhir selepas sesi soal jawab. Untuk penyertaan program IFP-CS ini boleh hubungi Pengarah I-Wealth IBS, Dr. Muhamad Abrar Bahaman di talian 04-928 6729.

TAMAT