All News

Webinar ‘The Economic Beyond Pandemic’ Kupas Isu Semasa Ekonomi Kesan COVID-19

web isgaif afza

UUM ONLINE: Seramai 150 peserta telah menyertai siri webinar ‘The Economy Beyond Pandemic’ menerusi aplikasi Cisco Webex yang disampaikan oleh Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid dari Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), baru-baru ini.

Webinar anjuran Institute of Shariah Governance and Islamic Finance (ISGaIF), Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) itu merangkan tentang keadaan semasa ekonomi Malaysia kesan pandemik yang berlaku serta polisi-polisi kerajaan yang berbentuk fiskal dan monetari.

Pengarah ISGAIF, Prof. Madya Dr. Norazlina Abd Wahab berkata, webinar tersebut merupakan siri webinar anjuran ISGaIF yang diadakan secara berkala bagi tujuan membincangkan isu ekonomi dan kewangan Islam terkini.

Manakala, Dr. Mohd Afzanizam yang juga merupakan felo bersekutu industri ISGaIF juga menjelaskan sebagai rakyat Malaysia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan semasa akibat dari pandemik Covid-19.

“Pandemik ini telah menyebabkan beberapa aktiviti ekonomi terjejas dan menyebabkan kerajaan mengambil langkah sekatan pergerakan (lockdown) yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi agak terjejas.

 “Pelbagai polisi dan bantuan kerajaan telah disediakan bagi menangani masalah ini, namun kesan pandemik memerlukan penyelesaian berbeza bagi setiap masalah dan meramalkan pemulihan ekonomi bakal berbentuk K dan bukan lagi V atau L,” katanya.

 Ditanya berkenaan kesan moratorium kepada bank sendiri, beliau berkata, ia memberi kesan kepada ‘modification cost bank’ yang berkait dengan nilai masa wang (Time Value of Money).

 Namun, menurutnya, apa yang lebih membimbangkan adalah ketidakupayaan pembayar untuk menyelesaikan pembiayaan atau pinjaman mereka.

 Menekankan kepentingan pendidikan, Dr. Mohd Afzanizam juga menambah bahawa keusahawanan adalah salah satu cara untuk siswazah mendepani cabaran pandemik yang sedang melanda kerana ia membuka peluang yang besar kepada mereka yang terlibat dalam keusahawanan (perniagaan) apabila bergaul (engage with other people) yang membuka kepada prospek pekerjaan dan perniagaan yang agak besar.

Sekian.