All News

IBS Komited Realisasi Pelan Strategik UUM

tncpi

UUM ONLINE: Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah mengadakan sesi pertemuan secara online dengan pusat pengajian yang dimulakan dengan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), baru-baru ini.

Dalam pertemuan tersebut, beliau telah berkongsi aspirasi dengan kepimpinan dan warga IBS seramai 40 orang terdiri ahli akademik dan pentadbiran.

Pada pertemuan itu, Prof. Dr. Haim Hilman menegaskan pentingnya untuk seluruh warga IBS untuk terus komited dalam merealisasikan Pelan Strategik UUM Fasa 3 – 2021-2025.

Menurutnya, pelancaran Gagasan Akademia dan Admin Holistik (GAGAH) UUM 2021-2025 adalah pelangkap kepada Pelan Strategik UUM tersebut khususnya untuk Teras 3 – Kecemerlangan Penyelidikan dan Teras 4 – Kelestarian Kerjasama Industri dan Komuniti.

Beliau juga berkongsi tentang ‘Research, Publication, & Innovation Drive (RAPID) Initiative’ yang menjadi tulang belakang kepada usaha merealisasikan KPI dan PI Teras 2 iaitu berkaitan penyelidikan, penerbitan dan harta intelek.

Selain itu, ‘Sustainable Quintuple Helix (SQUAD) Initiative’ yang menjadi pemacu kepada kelangsungan KPI dan PI untuk Teras 3 iaitu berkaitan usaha membina kerjasama strategik dengan Industri & komuniti.

Dalam pertemuan tersebut turut memberi peluang kepada warga IBS untuk bertanya terus kepada TNCPI akan isu-isu berkaitan penyelidikan, penerbitan, harta intelek dan lain-lain yang berkaitan.

Sementara itu, Dekan IBS, Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md. Hussain berkata, IBS akan terus komited dalam membantu UUM menjadi sebuah universiti yang berjaya dan terkemuka.

Sekian.