All News

Bicara Santai IBS Kupas Isu Kesihatan Pekerjaan Dan Kesejahteraan Mental

osh

UUM ONLINE: Akhir-akhir ini, peningkatan mendadak kes keselamatan dan kesihatan mental menjadi isu ketika negara berhadapan dengan penularan Covid-19.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) mengambil inisiatif bersama Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) dan Majlis Dakwah Negara Cawangan Kedah mengadakan bicara santai secara atas talian bertajuk Faktor-Faktor Kerohanian dalam Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan Mental: Dapatan Kajian Penyelidikan menerusi Webex, baru-baru ini.

Ceramah bicara santai telah disampaikan Ketua Unit Kesihatan Persekitaran, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Prof. Madya Dr. Irniza Rasdi yang mengingatkan peserta supaya kekalkan berpemikiran positif, banyakkan memberi, bertanya khabar dan amalkan gaya hidup beragama untuk kekal hidup sihat dan bermanfaat.

Bicara santai ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan pengetahuan berkenaan kesihatan mental dan langkah-langkah proaktif yang boleh diambil untuk mengekalkan tahap kesihatan mental yang optima.

Kerjasama yang terjalin ini akan mengukuhkan peranan universiti dan industri dalam membantu kerajaan bagi mengekalkan masyarakat yang sihat dan sejahtera berdasarkan kerangka keagamaan dan kepercayaan murni rakyat Malaysia.

Bicara santai itu telah dikendalikan moderator, Prof. Madya Dr. Mohd Shahril Ahmad Razimi yang merupakan Ketua Jabatan Muamalat dan Pengurusan Halal di IBS.

Sekian.