All News

Sesi Perkongsian Bantu Cari Jurnal Scopus Dan Kenali ‘Predator Jurnal’

predator

UUM ONLINE: Lebih 100 peserta terdiri pensyarah dan pelajar telah menyertai program ‘Teknik Pencarian Jurnal Scopus Melalui Database Perpustakaan dan Mengenali Predator Jurnal’ anjuran Institute of Shariah Governance and Islamic Finance (ISGAIF), Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) menerusi Webex, baru-baru ini.

Program tersebut bertujuan untuk membantu para pensyarah khususnya dan warga UUM umumnya mengenal pasti teknik yang betul bagi mendapatkan jurnal Scopus untuk dijadikan rujukan dalam penyelidikan dan penerbitan bahan-bahan ilmiah di perpustakaan UUM.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Pengguna, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Mazyana Hashim telah memulakan perkongsian ilmu menerusi dua sesi iaitu sesi pertama menyentuh berkenaan teknik pencarian jurnal Scopus menggunakan pangkalan data UUM, manakala sesi kedua pula tentang ciri-ciri ‘predatory journal’.

Pelbagai ilmu telah dikongsikan dan yang paling mengujakan adalah cara mengenali ‘predatory journal’ kerana agak sukar bagi golongan akademik untuk mengenal pasti ‘predatory journal’ memandangkan penggunaan nama dan identiti yang sama dengan jurnal yang asli.

Sehubungan itu, Mazyana telah berkongsi beberapa tips dan kaedah berkesan bagi mengelakkan pensyarah mahupun pelajar dari terjebak dalam penerbitan di ‘predatory journal’.

Program perkongsian ilmu itu dikendalikan Pensyarah Kanan yang juga Pengurus Wakil Perpustakaan di IBS, Dr. Siti Latipah Harun.

End.