All News

MyPusaka Kongsi Ilmu Perancangan Dan Pengurusan Harta

mypusaka

UUM ONLINE: Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Alumni dan Mobiliti (JPPAM), Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) telah menganjurkan program berbentuk pembangunan pelajar iaitu PADU: MyPusaka sebagai salah satu peluang kerjaya kepada pelajar sambil menambahkan ilmu perancangan dan pengurusan harta pusaka.

Program yang diaktifkan oleh Kelab Kewangan dan Perbankan Islam (IFBA) itu menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif MyPusaka, Kamarul Azman Mustapha Kamal.

Sebelum pengenalan mengenai PADU: MyPusaka diberikan, peserta program didedahkan dengan beberapa cara bagi mengekalkan kekebalan dalam diri terutamanya apabila wabak Covid-19 masih lagi mengganas di Malaysia dan seluruh dunia.

Lebih menarik lagi apabila ianya disusuli dengan 10 kemahiran penting untuk dimiliki oleh seorang graduan yang mana boleh dimantapkan dengan menyertai PADU: MyPusaka hasil daripada gabungan kemahiran tradisional dan alaf baru di era digital.

Di akhir program, pihak MyPusaka menawarkan ganjaran RM100 berupa baucar beli-belah kepada pelajar yang dapat menghantar penyertaan kreatif tentang legasi pengurusan harta pusaka melalui pautan yang diberikan..

Semoga pelajar IBS terus melalui proses pembangunan yang holistik ke arah pembentukan individu kompeten selaras dengan aspirasi universiti dan falsafah pendidikan kebangsaan demi mencapai hasrat Ilmu, Budi, Bakti.

End.