All News

Webinar ISGaIF: Moratorium Apa Yang Perlu Kita Tahu

mora

UUM ONLINE: Institute Shariah Governance and Islamic Finance (ISGaIF), Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan Universiti Utara Malaysia (KESKA) telah mengadakan Webinar bertajuk Moratorium: Apa Patut Semua Tahu? pada 29 Julai 2021 (Khamis).

Webinar dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM, iaitu Dr. Zairy Zainol serta ucapan aluan oleh En. Zamri Che Mai yang merupakan Timbalan Presiden KESKA UUM. Sesi ini menampilkan dua (2) tokoh kewangan terkemuka negara iaitu Dr. Afzanizam Abd Rashid yang merupakan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan En. Syahril Abd Razak iaitu Pengurus Agensi Kumpulan Prestige Wealth Advisor.

Program yang dikendalikan oleh Dr. Alias Mat Nor, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM ini telah disertai oleh hampir 250 peserta. Kedua panelis menghuraikan kelebihan dan kekurangan moratorium serta pelbagai tips kewangan dikongsikan kepada peserta yang terdiri dari kakitangan UUM dan orang awam.

Moratorium merupakan inisiatif kewangan yang diumumkan oleh kerajaan bagi membantu pelanggan bank dalam menguruskan kewangan semasa tempoh pandemik COVID 19 bagi tujuan simpanan, awasan mahupun untuk pelaburan. Moratorium juga perlu dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya kerana ketidakpastian yang mungkin berlaku dalam ekonomi pada masa kini.

End.