All News

MoU UUM-PKB Martabat Agenda Pendidikan Tinggi dan Keusahawanan Negara

pkb sign

UUM ONLINE: Dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Permodalan Kelantan Berhad (PKB) diharap dapat memartabatkan agenda pendidikan tinggi dan keusahawanan negara.

MoU tersebut telah ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shahimi Mohtar bersama Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PKB, Dato' Mohd Amar Abdullah di Balai Tamu, semalam.

MoU ini adalah untuk mengukuh, menggalak serta membangunkan kerjasama strategik antara kedua pihak.

Prof. Dr. Shahimi berkata, melalui MoU yang ditermeterai ini, dapat menambah rakan strategik antara UUM bersama industri seterusnya dapat melaksanakan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan lebih jauh, selain dapat meneroka peluang dalam menjalankan kajian.

“Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar juga dapat menjalankan latihan industri di Ar-Rahnu PKB, secara tidak langsung memberi manfaat kepada PKB, graduan dan Malaysia secara amnya.

“Bagi UUM, bukanlah untuk menjadi seperti kilang yang mana hanya melahirkan graduan yang pandai berteori semata-mata, malah besar harapan agar ilmu dipelajari dapat dipraktikkan dengan lebih baik lagi,” katanya.

Sementara itu, Dato' Mohd Amar berkata, gabungan ilmu teori dan ilmu amali ini akan melahirkan graduan yang terbaik.

Menurutnya, beliau berharap dengan ilmu yang ada di UUM dapat mengukuhkan peranan dan tanggungjawab Ar-Rahnu dalam masyarakat dan membantu meneroka ruang-ruang yang lebih besar.

Hadir sama, Bendahari, Eylani Ahmad dan Dekan Pusat Pengajian Islam (IBS), Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md Hussain.

SEKIAN.