All News

Perkongsian IBS tentang Halal di Halal Festival Negeri Kedah

halal fest

 

Oleh: Wan Ain Adlina Che Wan Mansor
Gambar oleh: IBS


UUM ONLINE: Sungai Petani – Sempena program Halal Festival Negeri Kedah 2022 (HALFEST 2022) yang berlangsung pada 28 hingga 31 Julai lalu, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) telah berkongsi ilmu tentang kepentingan mencari yang halal menerusi slot ‘Kesedaran Halal’ yang dikendalikan oleh Penyelaras Program IBS, Dr. Mohd Adib Abd Muin.
Selain itu, menerusi slot ‘Dialog Santai Bersama IBS’ pula menampilkan tiga ahli panel iaitu Pengarah Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat UUM, Prof. Madya Dr. Selamah Maamor; Felo Bersekutu Institut Pengurusan Halal (IHM) UUM, Prof. Madya Dr. Azizah Othman dan alumni IBS, Mohamad I'rfan Shahruddin, manakala Felo Penyelidik IHM, Dr. Mohamad Fikri Aziz bertindak sebagai moderator.

Sesi dialog itu memfokuskan kepada peluang pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di UUM.
Pada kesempatan itu juga, IBS turut mempromosikan program-program akademik yang ditawarkan dan rata-rata pengujung sangat tertarik dengan kepelbagaian kursus yang ditawarkan di IBS UUM dan keunikan biodiversiti UUM yang indah dengan kehijauan alam.

Dialog santai ini juga telah membuka peluang kepada semua usahawan produk halal yang ingin menyertai latihan halal yang dianjurkan di bawah IHM untuk mendaftarkan diri bagi menyertai program-program yang ditawarkan.