All News

IBS Students & Alumni Meet the IBS Team

meet greet alumni

IBS ONLINE: Hasil inisiatif staf Postdoctoral Fellow, iaitu Dr. M. Ashraf Al-Haq mengumpulkan pelajar dan alumni IBS dalam satu sesi “IBS Students & Alumni Meet the IBS Team” secara atas talian aplikasi WEBEX pada 22 September 2022 (Khamis) jam 9.00 malam telah berlangsung dengan jayanya dan menarik kehadiran 40 orang peserta terdiri daripada pelajar dan barisan alumni IBS.


Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof, Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS). Majlis diteruskan dengan sesi taklimat promosi program pengajian IBS terutama program pascasiswazah PhD dan sarjana oleh Dr. Mohd Fikri Sofi, Penyelaras Program MIFB & MIBS. Manakala Sesi Soal Jawab (Q&A) berkenaan program pengajian IBS dibantu oleh Timbalan-timbalan Dekan IBS iaitu Dr. Mohd Sollehudin Shuib, Dr. Zairy Zainol dan Dr. Mohamad Yazid Isa.


Selain itu, Pengarah ISGaIF IBS iaitu Prof. Madya Dr. Norazlina Abd Wahab turut serta dalam sesi ini mempromosi dan menjemput semua peserta untuk menyertai Seminar 4TH UUM INTERNATIONAL ISLAMIC BUSINESS MANAGEMENT CONFERENCE (IBMC) dengan tema “Islamic Business and COVID-19 Recovery: Towards Attaining Financial and Social Wellbeing” secara atas talian pada 24 hingga 26 November 2022 ini.


Para peserta dan alumni turut berinteraksi dengan barisan Pengurusan IBS dan mencadangkan beberapa aktiviti dan program kerjasama dengan institusi semasa mereka.
Program ditamatkan 10.30 malam.
Sekian.