All News

NC UUM MAKAN MALAM BERSAMA DELEGASI FWD TAKAFUL

12 DISEMBER 2022 / 17 JAMADILAWAL 1444H
=====================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

 

Oleh: Samsudin Oli Mohamed
Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie

FWD NEWS

UUM ONLINE: Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah makan malam bersama Pengarah Bebas Bukan Eksekutif FWD Takaful, Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin dan delegasi FWD yang terdiri Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Ketua Strategi & Saluran Digital FWD Takaful serta Wan Intan Suhaila Wan Ahmad Ridzuan, Pengarah Strategi Korporat FWD Takaful di Restoran Sri Beringin, EDC-UUM, malam tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor( Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail , Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Mohd Harif , Penolong Naib Canselor UUM Colgis, Prof Dr. Nuarrual Hilal Md. Dahlan dan Dekan Pusat Pengajian Islam, Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof.

Datuk Ahmad Hizzad dan delegasi FWD Takaful berada di kampus ini sempena Bulan Literasi Kewangan (Do-it Fest@UUM) dyang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Islam UUM yang mulai 15 November hingga 31 Disember 2022.

Antara pengisian program ini ialah ceramah kerjaya, ‘summer camp on financial literacy’, perancangan legasi kewangan islam, derma darah, pertandingan TikTok , silang kata literasi kewangan dan pameran Financial Literacy Games.

 END.