All News

RAIH ANUGERAH PINGAT EMAS NAIB CANSELOR DALAM KEPAYAHAN HIDUP

33e0e0fa bd67 4d8e 8af8 df48f3d54134 1024x576

 

 

Oleh : Samsudin Oli (Journalist and Assignment Editor for UUMTV)

 

SINTOK – Siapa sangka penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor dan Anugerah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Farouk Baqi Zahid adalah pekerja sambilan yang mengumpul duit bagi perbelanjaannya ketika di universiti.

 

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB) yang dilahirkan dari keluarga sederhana ini pernah bekerja sebagai pekerja dewan asrama sekolah, buruh binaan, pekerja ladang kelapa sawit dan sebagainya. Ahli Beta Gamma Sigma (BGS) UUM kohort ke-4 ini yang bertekad untuk mengubah nasib keluarga ini telah belajar bersungguh-sungguh dan konsisten dalam pengajiannnya hingga berjaya mengekalkan Anugerah Dekan bagi lapan semester berturut-turut.

 
“Kemiskinan bukan alasan untuk mengharapkan perhatian manakala kejayaan menjadi milik kita sekiranya bertekad dan berusaha untuk mencapai kejayaan,” ujarnya ketika ditemui. Farouk yang ditemui menambah dia sentiasa menumpukan perhatian dan membuat nota ringkas ketika mengikuti kuliah sepanjang pengajiannya. Anak bongsu ini sentiasa memberi harapan kepada ibu bapa dan keluarga kemiskinan bukanlah kesudahan hidup.

 
“Kini saya telah bekerja sebagai ‘biling specialist’ disebuah syarikat pengeluaran minyak multinasional terkemuka yang berasal dari negara Perancis, iaitu SLB yang dahulunya dikenali sebagai Schlumberger’,katanya lagi. Pengalaman semasa COVID-19 bukan sahaja mematangkannya malah bersyukur dapat bersama-sama pelajar dan staf yang berada di kampus ketika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan ketika itu. Kini selepas konvokesyen tertangguh selama setahun graduan kampus ini hadir semula untuk menerima ijazah masing-masing.
 

Sekian.