All News

UUM TUBUHKAN INSTITUT KAJIAN DAN INOVASI HAJI

379984875 818843953365703 8575750636472508722 n

SINTOK – Lembaga Tabung Haji (TH) merestui penubuhan Institut Kajian dan Inovasi Haji yang dicadangkan Pusat Perniagaan Islam (IBS) Universiti Utara Malaysia (UUM). Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Syed Hamadah Syed Othman menyatakan kesediaan TH untuk bekerjasama dengan UUM dalam pertemuan dengan Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan di pejabatnya di bangunan TH, 11 September lalu.


Dr Mohd Foad berkata, UUM akan menubuhkan institut berkenaan sebagai sebuah pusat kecemerlangan yang akan diletakkan di bawah IBS yang juga akan bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pagi ini di UUM Sintok, Naib Canselor UUM mengadakan perbincangan mengenai perkara berkenaan dan kerjasama dengan Lembaga TH Wilayah Utara yang diketuai Pengarahnya, Datuk Mohammad Mokhzani Mukhtar.


Mohammad Mokhzani berkata, kunjung hormat ke Dr Mohd Foad membuka peluang dan ruang mereka menjalankan kolaborasi secara bersama. Katanya, dalam perbincangan yang dilakukan beberapa pendekatan turut dibincang sempena sambutan ke 60 TH. Dalam perbincangan itu pihaknya juga akan bekerjasama dengan UUM untuk menempatkan sukarelawan terdiri dari pelajar universiti ini untuk membantu jemaah haji yang akan berlepas diterminal lapangan terbang nanti.

“Moga catatan baru antara TH dan UUM ini akan memeriahkan lagi sambutan ulang tahun TH ke 60 yang akan disambut pada tahun ini,” ujarnya ketika di temui.
Dalam pada itu Dr Mohd Foad ketika ditemui berkata, kolaborasi yang akan dijalinkan ini juga memberi peluang kepada pendidik dan pelajar kampus ini untuk memberi pandangan dan cadangan kepada TH.


Manakala warga kampus juga akan mengambil peluang dan mendapat penerangan untuk menjadi pendoposit TH. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Kedah Mohd Hanifah Kamarudin, Ketua Pemasarannya Abdullah Fahmi Shaari bersama Dekan Pusat Perniagaan Islam (IBS), Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof.

 

Sekian.

379631957 818823553367743 7586036991837110789 n